Thursday 30 June 2011

Karnival Kerjaya Pemuda BN..!!




Salah satu cetusan idea yang terbaik hasil dari Pemuda BN...Tahniah..!!!







Sebanyak 7,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan pada Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) peringkat wilayah utara yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.



















Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, karnival yang bertempat di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani itu merupakan lanjutan daripada Karnival Kerjaya Pemuda BN di ibu negara pada penghujung Mac lalu.






Generasi muda khususnya di Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak yang sedang mencari pekerjaan mengambil peluang untuk menghadiri karnival ini kerana pelbagai jawatan kosong ditawarkan. Penganjuran karnival ini diharap dapat menangani masalah pengangguran di kalangan generasi muda.




Karnival tersebut juga terbuka kepada semua golongan sama ada mereka yang baru mencari kerja atau mahu meningkatkan kerjaya. Di jangkakan seramai 70,000 atau lebih pengunjung menghadiri karnival yang diadakan secara besar-besaran itu.







>>> Tahniah Pemuda BN, teruskan usaha memacu kehidupan generasi muda ke arah yang lebih selesa mengikut perkembangan semasa. Kepada golongan muda dan belia rebutlah peluang ke-emasan ini. Satu pesanan kepada pihak penganjuran, fokus kepada keberkesanan karnival ini..












Wednesday 29 June 2011

Motif PSM Hancurkan Negara !!

Inilah wajah bangsat negara..!!!






Parti Sosialis Malaysia (PSM) dilihat cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini. Siasatan daripada pelbagai sudut termasuk mengambil kira bahan bukti yang dirampas daripada 31 aktivis PSM yang ditahan polis baru-baru ini.

Pada Sabtu lepas, polis menahan 31 orang aktivis PSM termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj di plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kumpulan berkenaan, yang menaiki sebuah bas persiaran, dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.





Banyak persediaan yang mereka (aktivis) sudah lakukan seperti mengedarkan risalah dan memakai baju T yang berunsurkan fahaman itu bagi tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Kempen mereka ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lepas

Tindakan yang dilakukan aktivis ini boleh mengkucar-kacirkan negara...Pihak Polis akan pastikan bahawa kes ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat..


Tindakan tegas bagi memastikan mereka menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang akan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Siasatan itu juga dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terpelihara.






>>> Buka mata buka minda, lihat apa agenda yang tersembunyi disebalik semua ini???? Adakah kita mahu melihat Malaysia ditakluki pengganas komunis lagi??? Cerita telah dihebahkan dan sebagai rakyat yang sayangkan kedamaian kita hendaklah mengambil langkah yang drastik bagi membasmi pergerakan kumpulan ini..

Bersatulah demi Agama, Bangsa & Tanah Air... Jangan sampai anak cucu kita dimamah, dihenjak-henjak, dirobek dan diratak bergitu sahaja...Mungkin pada hari ini kita memang selasa tetapi masa mendatang tidak mampu kita ramal keselesaannya....

Kepada juak-juak PAS bukalah mata....sekiranya ini semua fitnah maka selidiklah dengan terperinci....Gedebak-gedebuk kita masih lagi dilandasan yang sama cuma berbeza pemahaman politik dunia sahaja....




DAULAT TUANKU !




KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN



















Tuesday 28 June 2011

Kalau Nak Bersih, Bubarkan Kerajaan Di Negeri PR..!!!!







Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini digesa agar membubarkan sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya mereka merasakan sistem pilihan raya di negara ini tidak bersih.




Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, langkah itu perlu kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.



Sekiranya Menteri Besar dan semua wakil rakyat dari parti-parti pembangkang menyatakan sistem pilihan raya tidak telus dan tidak adil, mereka tidak sepatutnya menerima jawatan mereka yang duduki sekarang ini.



Sebaliknya mereka terus mahu menjadi kerajaan sedangkan Menteri Besar, barisan Exconya termasuk para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR, DAP dan Pas memenangi pilihan raya umum 2008 adalah daripada proses pilihan raya yang sama sehinggalah menubuhkan kerajaan di Selangor






>>> Itulah bodohnya pengikut-pengikut PR ni, mana letaknya akal fikiran dia orang ni pun tak tahu lah.. Kalau betul SPR tak bersih dah tentu korang tak merasa kerusi kerajaan sampai sekarang ni. PAS jajah Kelantan berpuluh tahun tu apa?? Bukan bersih ker namanya??? 

Kalau nak sangat Bersih, apa kata korang buburkan jer kerajaan PR korang tu, kan bagus.... Lepas tu kita tengok bersih ker tak bersih.....

Amacam ada bran juak-juak PR semua..!!!!!




BN Tunai Janji, PR Bila Lagi..???

Tahniah kerajaan BN.




Kerja-kerja menaik taraf jalan utama negeri menjadi jalan berkembar dua lorong sepanjang 1,080km dari Sematan dekat sini ke Merapok di Lawas dianggarkan melibatkan kos RM16 bilion mengikut kadar semasa.



Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Negeri, Datuk Seri Michael Manyin berkata, memandangkan kos yang tinggi dianggarkan RM13 juta bagi setiap kilometer, kerja-kerja menaik taraf itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

Pada masa sama, cadangan dibuat mengikut pelaksanaan pelan kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh (2012-2013) untuk menyediakan sebahagian jalan dari Sibu ke Miri yang mempunyai lorong untuk memotong.

Projek yang dicadangkan itu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya dan membolehkan pemandu, yang terperangkap kerana kenderaan yang bergerak perlahan, untuk memotong.








>>> Tahniah kerajaan BN yang menunaikan janji pilihanraya. Komitmen yang sebeginilah yang amat diperlukan Rakyat Malaysia.. Semoga rakyat dapat membezakan yang mana intan yang mana kaca..

Kalau nak harapkan PR sampai mampus pun belum tahu lagi boleh buat jalan hahahhaa....Lihat saja negeri-negeri yang diperintah PR.. jalan raya pun nak suruh kerajaan pusat buat, mandat PR nak kerja-kerja untuk rakyat PR tak nak...

Pastikan PR hancur di bumi Malaysia..!!!!!


















Pemimpin Muda Peneraju Masa Depan Negara..!!!



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memperkenalkan calon yang lebih muda pada pilihan raya umum akan datang agar kerajaan mempunyai lebih ramai pemimpin muda.

Beliau berharap pengundi muda akan memberikan mandat baru kepada BN pada pilihanraya umum ke-13 ini untuk membentuk sebuah kerajaan yang akan mengimbangi antara pemimpin lama (tua) dan pemimpin muda.




Kerajaan memerlukan orang muda dan kerajaan percaya orang muda boleh dan mampu menjadi pemimpin yang baik. Perubahan akan dibuat sekiranya kerajaan BN dapat mandat baru.



>>> Terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan dan sokongan peenuh kepada kepimpinan golongan muda. Namun begitu kami golongan muda tetap menyanjung tinggi jasa orang-orang lama (tua).


Ayuh golongan muda dan belia kita bersama-sama Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembaharuan negara ke arah menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Usah kita leka dengan kata-kata yang akan merosakan negara kerana mereka ini (PR) mempunyai banyak agenda peribadi yangtersembunyi namun dengan keperihatinan pihak kerajaan banyak agenda-agenda peribadi (PR) dapat kita ketahui...

Bersama membina negara maju jaya..!!!!









Monday 27 June 2011

Komunis Berlindung Di Sebalik BERSIH.. !!!

Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.






Gerakan itu juga didakwa sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan.

Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

Polis telah merampas 28 helai baju T tertera wajah pemimpin komunis, 15 batang bendera logo PSM, 5,000 risalah ‘Udahlah tu..Bersaralah’, 600 risalah perhimpunan Bersih, 1,500 risalah PSM dan dua banner tertulis ‘Udahlah tu, Cukup 54 Tahun, Bersaralah’.


Salah satu ayat dalam risalah milik kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Bersih yang berbunyi:

“Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan”.








>>> Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih. Tindak-tanduk kumpulan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara apatah lagi melibatkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh undang-undang.




Adakah kita sebagai rakyat yang cintakan Malaysia hanya mampu melihat sahaja???  Ayuh bersama kita boikot Perhimpunan Bersih...