Saturday 13 August 2011

KONTRAKTOR BUMIPUTERA PERLU BERUBAH - PART 4 (edisi akhir)


MBE yang menggantikan DEB memerlukan semua pihak bergerak dan bertindak secara kolektif..!!!




Ketidakmampuan untuk berintegrasi pada rantaian bekalan global adalah masalah yang dihadapi peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang kebanyakannya terdiri daripada Bumiputera. Ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada subsidi yang tidak mungkin kekal selamanya akibat faktor kekangan fiskal dan sekali gus membantutkan peluang untuk mereka berjaya dalam jangka masa panjang. Selain itu, peranan kerajaan juga perlu ditingkatkan melalui penyemakan semula sistem pemberian kontrak kepada usahawan Bumiputera bagi memaksimumkan ketirisan.

Namun begitu, kerajaan juga perlu merangka rancangan jangka masa panjang untuk memecah monopoli golongan bukan Bumiputera dalam rantaian bekalan bahan mentah terutama dalam industri pembinaan. Sekiranya kerajaan serius untuk membasmi kebocoran ini, cara terbaik ialah dengan mengadakan satu mekanisma bagi membolehkan tugas sebagai pembekal itu diberikan kepada agensi yang dijalankan Bumiputera.


Di peringkat kontraktor Bumiputera pula, mereka seharusnya mempunyai amanah dan mengambil langkah untuk memastikan projek yang ditawarkan dilaksanakan dengan baik tanpa disubkan sepenuhnya kepada orang lain (bukan Bumiputera). Kontraktor Bumiputera perlu melengkapkan syarikat dengan keupayaan teknikal yang tinggi serta memenuhi standard ISO tertentu. Selain itu juga, kontraktor Bumiputera perlu mendalami ilmu dan mengaplikasikan Sistem Binaan Bersepadu (IBS) dalam industri pembinaan sebagai langkah ketirisan. IBS adalah aktiviti pembinaan pasang siap di mana semua komponen pembinaan seperti penuangan konkrit, kolum dam rangka dibuat di kilang oleh vendor. Vendor akan membawa semua bahan binaan yang dipasang siap di kilang ke tapak binaan untuk dipasang sub-kontraktor.

Langkah menggalakan syarikat Bumiputera menggunakan sistem ini juga membolehkan mereka dapat mengeluarkan barangan binaan dalam skala lebih besar dan berdaya saing, selain mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh, meningkatkan kualiti, produktiviti, keselamatan dan daya saing. Atas sebab ini, Kementerian Kerja Raya perlu memperkasakan peranan Lembaga Perindustrian Pembinaan (CIDB) dan berharap dengan perlantikan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIDB akan membantu agensi ini melaksanakan kaedah IBS dengan lebih berkesan. 



Bagaimanapun tidak ramai kontraktor Bumiputera mahu menggunakan teknologi ini memandangkan kaedah konvensional lebih mudah dan murah, tetapi ia sebenarnya merugikan bagi jangka masa panjang. Sikap tidak mahu berubah ini merugikan kontraktor Bumiputera, sekali  gus menyebabkan mereka terus menjadi pengikut trend bukan 'trend setter'. Model Baru Ekonomi (MBE) yang menggantikan DEB memerlukan semua pihak bergerak dan bertindak secara kolektif. Masyarakat Bumiputera khususnya kontraktor Bumiputera akan sampai ke tahun 2020 dan menjadi dasar Malaysia mahu menjadi negara maju yang memerlukan Malaysia menjadi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi.

Namun ia membawa maksud Malaysia perlu membuka perolehan kerajaan yang selama ini harta eksklusif Bumiputera kepada masyarakat bukan Bumiputera . Justeru, kerajaan perlu proaktif intuk menyiapkan kontraktor Bumiputera berhadapan dengan cabaran ini, kerana kita mahu syarikat pembinaan Bumiputera yang mampu bersaing 'sama rendah dan sama tinggi' dengan syarikat antarabangsa dalam membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.




>>> Sudah tiba masanya kerajaan perlu membuka mata agar tidak mendodoikan kontraktor Bumiputera yang hanya tahu mengaut keuntungan dgn mengAli Baba kan projek ke pihak ke-2 dan ke-3.

Agenda Bumiputera harus dikaji semula keberkesanannya kerana Bumiputera sendiri yang mengambil kesempatan menggunakan Agenda Bumiputera demi kepentingan sendiri dan bukan demi Bumiputera keseluruhannya..

Politik dijadikan batu loncatan untuk mendapatkan projek dengan menggunakan nama Agenda Bumiputera tetapi akhirnya bukan Bumiputera yang dapat hasil daripada Agenda Bumiputera...

Tidak perlu melihat jauh, cuba lihat projek-projek yang sdg dilaksanakan sekarang atas nama Agenda Bumiputera, adakah Bumiputera sepenuhnya mendapat hasilnya ataupun Bumiputera hanya tahu sistem Ali Baba???





Friday 12 August 2011

KONTRAKTOR BUMIPUTERA PERLU BERUBAH - PART 3



Kontraktor Bumiputera perlu menjadi 'trend setter' !!!


 


Masalah ketirisan bukan saja disebabkan faktor kerakusan segelintir kontraktor Bumiputera semata-mata kerana ia juga boleh dilihat berlaku di pelbagai peringkat pengurusan perolehan kerajaan. Walaupun pengurusan perolehan kerajaan dilengkapkan dengan undang2, prosuder dan arahan sebagai panduan pelaksanaan, namun ia sering dikatakan sebagai bidang pengurusan kewangan yang paling berisiko untuk berlaku ketirisan dan penyelewengan.

Ketirisan sering berlaku disebabkan percanggahan kepentingan, pilih kasih terhadap pembekal atau telah berpakat tidak melaporkan kecacatan dan kekurangan, membocorkan maklumat jabatan, mengutamakan kepentingan sendiri berbanding kepentingan orang awam dan telah menerima komisen atau suapan.

Faktor utama mengapa terjadinya ketirisan dalam menguruskan perolehan kerajaan adalah sikap penjawat awam yang tidak mengamalkan nilai2 murni seperti akauntabliti, intergriti dan saksama dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Oleh kerana majoriti syarikat Bumiputera banyak bergantung kepada projek kerajaan untuk hidup, karenah birokrasi di peringkat ini terpaksa dihadapi segali gus menjejaskan prestasi syarikat. Selain itu, antara faktor lain yang perlu dipandang serius ketika  ini ialah kelemahan dalam pengurusan rantaian bekalan (supply chain management). Rangkaian bekalan adalah proses dan struktur yang menggabungkan input berbeza untuk menghasilkan keluaran yang memenuhi permintaan pasaran.




Ramai kontraktor Bumiputera menghadapi masalah ketirisan ini disebabkan tidak mampu bersaing dan tidak menguasai bidang kritikal utama aspek keupayaan kewangan dan rantaian bekalan bahan binaan yang dikuasai bukan Bumiputera. Ini mengakibatkan harga bahan tidak dapat dikawal. Apabila kenaikan harga berlaku, akibatnya kos projek berubah. Seterusnya kontraktor terpaksa membuat permohonan untuk mengubah kos (variation cost) dan ia mengurangkan keuntungan.

Beberapa kajian dibuat mendapati ketirisan itu memang tidak dapat dielakan memandangkan kontraktor Bumiputera terpaksa membeli bahan binaan daripada peniaga bukan Bumiputera dan kos untuk bahan binaan selalunya sekitar 60% daripada keseluruhan kerja pembinaan. Ini ditambah faktor sewaan jentera dan lain-lain logistik, tenaga buruh dan tenaga pakar yang biasanya disewa daripada orang bukan Bumiputera. Kos untuk buruh dan logistik biasanya sekitar 20%.

Kontraktor Bumiputera tidak mempunyai pilihan selain menyewa jentera dan peralatan binaan yang dikuasai bukan Bumiputera kerana tidak mampu memiliki jentera sendiri. Hal ini sekali gus sukar untuk mendapatkan penyertaan lebih 25% Bumiputera dalam sebuah syarikat Bumiputera kerana masalah yang dihadapi itu. Justeru, masalah  ketirisan ini perlu ditangai agar tidak berlarutan dan merosakan ekonomi negara.

Kerajaan tidak boleh terus membuang wang begitu sahaja dalam melaksanakan agenda Bumiputera kerana ia seharusnya memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat Bumiputera. Kerajaan perlu mengubah pendekatan ini dengan melaksanakan sistem merit, membantu kontraktor Bumiputera yang benar-benar layak dan berkebolehan.

Kita lihat saja bagaimana dasar membantu Bumiputera dalam bidang pendidikan berjaya mencapai matlamatnya, dengan ramai golongan profesional Bumiputera dilahirkan. Perkongsian setara di antara kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera melalui set kemahiran kerja teras dan pengetahuan sampingan akan membantu mereka menjalankan perniagaan yang menghasilkan situasi 'menang-menang'.




Dengan membiarkan kontraktor Bumiputera ini bekerja dengan kontraktor berpengalaman dan memiliki latar belakang prestasi kerja yang baik, ia bukan saja membolehkan mereka belajar, tetapi juga diberi pendedahan dengan sikap dan komitmen teguh daripada kontraktor berkeupayaan. Tambahan pula, di samping meningkatkan daya saing dan keupayaan kontraktor untuk jangka masa panjang, perkongsian itu membantu Bumiputera menjadi lebih berdikari dalam memperoleh projek.

Apa yang diperlukan ialah semua rakyat Malaysia bekerjasama membentuk rantaian bekalan bersepadu 1Malaysia supaya ia dapat bersaing di peringkat global dan menjana kekayaan untuk manfaat rakyat Malaysia. Justeru, untuk melaksanakan rantaian bekalan bersepadu ini memerlukan kerjasama semua peringkat. Kerjasama erat Bumiputera dan bukan Bumiputera akan menghasilkan skala pengeluaran lebih tinggi dan sekali gus menghasilkan pendapatan boleh dikongsi semua pihak.









>>> Adakah kontraktor Bumiputera mampu bersaing kontraktor bukan Bumiputera sekiranya tanpa bantuan Kerajaan????

Tetapi apabila telah mendapat bantuan kerajaan apa pula yang telah dilakukannya???

Ikuti siri terakhir kupasan artikel ini yang akan dikeluarkan tidak lama lagi...Terus ikuti kisah KONTRAKTOR BUMIPUTERA PERLU BERUBAH - PART 4.....





Thursday 11 August 2011

MALAYSIA MERUPAKAN SATU-SATUNYA NEGARA DI DUNIA YANG BEBAS MENGAMALKAN POLITICAL DYNASTY !!


Golongan tuduh tidak adil, sebenarnya telah menang pilihan raya






SEBELUM Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan ini.

Selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.

Ini kerana sistem dan proses pilihan raya yang adil yang telah memberi kemenangan besar kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Agenda politik ‘kotor’ melalui penyebaran fitnah dan pembohongan telah menunjukkan hasil. Maka agenda yang sama perlu diulangi untuk menghadapi PRU yang akan datang.

PRU Ke-13 akan menjelma. Taktik dan strategi semasa menghadapi PRU Ke-12 dan beberapa PRK selepasnya akan berulang. SPR sekali lagi menjadi sasaran dan ‘punching-bag’ oleh pihak tertentu untuk meraih simpati rakyat dengan menggunakan isu pilihan raya tidak adil.

Seperti yang berlaku sebelum PRU Ke-12 apabila parti politik tertentu menyertai demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat dan hasil perbuatan itu memberi kemenangan besar kepada mereka. Pada 9 Julai 2011 mereka sekali lagi mempergunakan strategi yang sama, iaitu menyertai demonstrasi jalanan menggunakan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan berjaya mendapat liputan media antarabangsa.

Terdapat parti-parti politik di negara ini yang ketandusan isu untuk memikat hati rakyat dalam menghadapi PRU akan datang. Cara lain yang digunakan adalah menyebar fitnah memburukkan kepimpinan SPR supaya rakyat benci dan simpati. SPR dijadikan ‘kambing hitam’ dalam memperjuangkan cita-cita mereka.

Parti-parti politik di mana jua akan melakukan apa sahaja untuk mencari kemenangan dalam pilihan raya. Tetapi yang ketara berlaku di negara ini adalah perbuatan fitnah dan pembohongan yang menjadi perkara wajib dalam usaha mencari sokongan. Tidak cukup dengan kecaman terhadap parti lawan, SPR turut dijadikan sasaran kecaman dan fitnah. Mereka membuat kesimpulan atas sesuatu isu yang berbangkit semata-mata berasaskan andaian dan tuduhan yang tidak terbukti di mahkamah.

Melalui ceramah dan tulisan, tanpa rasa berdosa SPR dikecam semata-mata kerana buruk-sangka terhadap badan ini. Kebencian rakyat terhadap SPR dan pilihan raya diharapkan menjadi undi simpati yang memihak kepada mereka dalam pilihan raya akan datang.

Pilihan raya demokratik

Pilihan raya demokratik memberi hak dan kebebasan kepada rakyat untuk bertanding sebagai calon dan hak mengundi dalam pilihan raya. Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak dan kebebasan tersebut. Sesiapa jua rakyat yang layak di bawah undang-undang boleh mendaftar sebagai pengundi dan bebas membuat pilihan.

Tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan, calon dan parti politik yang bertanding bebas menjalankan aktiviti kempen dan bertemu pengundi. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia di mana parti-parti politik berkempen sepanjang tahun, sama ada melalui ceramah, media dan sebagainya. Akhbar-akhbar milik parti bebas membuat laporan termasuk fitnah dan pembohongan serta mengedarnya di seluruh negara.

Pada hari pengundian, kenderaan parti-parti politik bebas mengangkut para pengundi dan bebas meraih undi walaupun undang-undang melarang berkempen pada hari mengundi. Di tempat mengundi, rakyat bebas membuat pilihan dan undi adalah rahsia, tiada siapa yang tahu. Selepas tamat pengundian, jam 5 petang, setiap kertas undi sah akan dikira dengan disaksikan oleh wakil calon-calon yang bertanding.

Calon yang mendapat undi terbanyak di isytihar menang dan menjadi wakil rakyat. Apa lagi yang mereka kata pilihan raya tidak bebas dan tidak adil? Adakah apabila menang semua kerusi baru mereka akan menganggap pilihan raya di negara ini bebas dan adil?.

Rakyat perlu sedar bahawa di negara ini golongan yang menuduh pilihan raya tidak adil terdiri daripada mereka yang telah menang dalam pilihan raya. Mungkinkah mereka menang jika pilihan raya dijalankan secara tidak bebas dan tidak adil?, atau jika proses pengundian atau pengiraan undi tidak dilakukan dengan telus dan bersih?

Pemimpin-pemimpin politik yang terlibat dalam demonstrasi jalanan pada 9 Julai 2011 kesemua mereka yang menjadi wakil-wakil rakyat melalui proses pilihan raya yang berlandaskan undang-undang yang adil dan saksama. Mereka telah menang dan menjadi wakil rakyat. Jikalau mereka kalah mungkin ada kebenarannya dakwaan yang pilihan raya tidak adil. Oleh kerana proses pilihan raya yang bebas dan adil, mereka telah berjaya mengisi kerusi-kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang bebas mengamalkan political dynasty di mana ahli keluarga boleh bertanding dan menang dalam pilihan raya jika dipilih rakyat. Ayah dan anak bertanding dan menang kerusi masing-masing. Kelantan telah 22 tahun diperintah oleh Pas berturut-turut tidak berjaya digugat oleh parti BN disebabkan pilihan raya yang adil. Pilihan raya di negara ini berasaskan undang-undang yang ditetapkan. Ada yang menang dan ada kalah, rakyat yang menentukannya. Apa lagi yang kotor dan tidak adil? Bersyukur sahaja kepada Allah SWT atas kejayaan itu.

Parti-parti politik tidak perlu menganggap SPR sebagai musuh dengan menabur fitnah dan kecaman yang tidak dapat dibuktikan. Dalam pilihan raya demokratik yang penting adalah proses pemilihannya bebas, telus dan adil. Siapa yang layak boleh bertanding dan calon yang dipilih rakyat akan menang dalam pertandingan. Parti yang mendapat jumlah kerusi majoriti akan menubuh kerajaan.




Pada 2003, SPR menyertai kumpulan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya di sebuah negara di Asia. SPR berpeluang bercakap dengan beberapa pemimpin politik pembangkang yang bertanding. Mereka mengadu amat sukar parti-parti mereka menang walau pun satu kerusi kerana kata mereka proses pilihan raya di negara itu tidak telus dan tidak adil.

Sepanjang pemantauan itu SPR berkesempatan melihat sendiri kebenaran perkara-perkara yang diceritakan. Dakwaan mereka terbukti benar apabila semua calon mereka kalah, hanya beberapa kerusi sahaja yang dimenangi parti-parti kecil yang tidak ternama yang dianggap boneka kepada parti pemerintah. Di Malaysia, mereka yang memberitahu kepada media asing bahawa pilihan raya di negara ini tidak adil, kesemua mereka terdiri daripada golongan yang telah menang dan menikmati kehidupan sebagai wakil rakyat.

Permainan politik memerlukan kepintaran ahli-ahli dan parti-parti politik memainkan isu untuk mewujudkan persepsi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat. Di negara ini ada pihak-pihak yang pintar dalam bidang berkenaan. Mereka mengaburi mata rakyat dengan menuduh pilihan raya tidak adil, tidak telus dan kotor. Pelbagai alasan diberi apabila mereka kalah.

Mereka tidak dapat menerima kemenangan orang lain. SPR yang menjalankan pilihan raya secara adil dan saksama yang telah memberi kemenangan kepada mereka, turut menjadi sasaran kecaman dan fitnah. Fikir-fikirlah.




>>> Apa lagi yang PR nak pun xtau laa..Kita sebagai rakyat perlu peka dan jgn sampai menjadi lembu cucuk hidung..

Menang lima negeri daripada 13 masih x adil lagi...mangkok berayun betul tu namanya..

KONTRAKTOR BUMIPUTERA PERLU BERUBAH - PART 2

SIKAP INGIN CEPAT KAYA & TIDAK MENANAMKAN CIRI-CIRI KESUNGGUHAN DALAM PERNIAGAAN ANTARA KELEMAHAN YANG SERING DIKAITKAN DENGAN TABIAT NEGATIF USAHAWAN/KONTRAKTOR BUMIPUTERA..!!!





Fenomena ini cukup mengecewakan kerana ia boleh menggagalkan hasrat kerajaan untuk memperkasakan kontraktor Bumiputera dan seterusnya mengatasi masalah jurang pendapatan antara kaum di Malaysia. Keadaan ini juga menyebabkan taraf hidup , kuasa membeli, kedudukan dlm masyarakat berbilang kaum, peluang dan keupayaan pendidikan, taburan peruntukan dana dan perlaburan di institusi kewangan dan perbankan serta byk lagi petunjuk menggambarkan kelemahan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Yang jelas, isu ini bukan disebabkan kekurangan peruntukan kerajaan utk membantu Bumiputera kerana saban tahun kerajaan mengeluarkan peruntukan berjuta-juta ringgit dlm bentuk tender dan kontrak yg dikhususkan kepada Bumiputera, malangnya kebocoran tetap berlaku. Sekiranya masalah ketirisan ini tidak diatasi segera, tidak mungkin mereka akan dapat memanfaatkan sepenyhnya pelaksanaan projek pembangunan bernilai RM230 billion yg diumumkan kerajaan melalui RMK-10 baru-baru ini.





Selain itu, kerajaan telah melakukan pelbagai perkara untuk membantu meningkatkan pemilikan Bumiputera dlm perniagaan termasuk menggubal dasar afirmatif seperti DEB utk menjamin peluang dan penglibatan secara aktif Bumiputera yg satu ketika dahulu jauh terkebelakang akibat dasar diskriminatif penjajah yang mengakibatkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Hasilnya pegangan ekuiti Bumiputera meningkat daripada 2% pada permulaan DEB kepada 19% pada tahun 2000. Tetapi hakikatnya hampir keseluruhan daripada peratusan itu dipegang GLC milik kerajaansepenuhnya dan ia bukti dasar membantu kontraktor Bumiputera masih gagal.

Namun perangkaan menunjukkan sasaran DEB masih belum dicapai sepenuhnya. Ketidakcapaian sasaran DEB bukan kerana kesilapan dasar, tetapi kerana ketirisan pada peringkat pelaksana dasar. Ini kerana sikap sesetengah kontraktor Bumiputera gagal memanfaatkan sepenuhnya tender yang dikhaskan kepada mereka, sebaliknya membenarkan projek ini jatuh ke tangan bukan Bumiputera di bawah konsep Ali Baba.  Golongan ini adalah kontraktor Bumiputera yang tidak bertanggungjawab dan sanggup menjual kontrak diperoleh sebagai jalan mudah mendapat keuntungan segera dan seketika. Peluang yang diberi tidak digunakan bagi membesarkan urus niaga atau meningkatkan kapasiti bagi menjamin kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Permit, kemudahan, kontrak dan lesen yg diperuntukkan kepada Bumiputera diserahkan kepada orang lain demi keuntungan jangka masa pendek. Selepas itu mereka meminta peluang baru sehingga akhirnya lahir satu puak yang menjadikan peranan orang tengah sebagai kerjaya.




Selain menggagalkan pencapaian matlamat DEB, ketirisan yg berlaku mencemarkan imej Melayu secara amnya, disamping menghakis keyakinan umum terhadap masyarakat Bumiputera. Tindakan yang diistilahkan sebagai 'rent-seeking' ini iaitu mengambil keuntungan daripada org lain tanpa membuat sebarang sumbangankepada prodiktiviti sememangnya tidak mampu memberikan nilai tambah kepada segala usaha berterusan utk meningkatkan ekuiti Bumiputera yg pada ketika ini jelas merosot dan mengalami penurunan begitu mendadak. Sikap ingin cepat kaya dan tidak menanamkan ciri-ciri kesungguhan dlm perniagaan adalah antara kelemahan yg sering dikaitkan dengan tabiat negatif usahawan Bumiputera. Keghairahan utk mengaut keuntungan jangka masa pendek sering mendorong pelbagai tindakan yg tidak beretika hingga membelakangkan prinsip dan sanggup menggadai masa depan bangsa dan negara.

Justeru, apabila konsep Ali Baba ini menjadi amalan mereka, bukan keuntungan diperolehi, sebaliknya semakin ramai kontraktor Bumiputera mengalami kerugian dan ketinggalan berbanding usahawan/kontraktor bangsa lain. Sektor pembinaan dianggap bisnes untuk cepat kaya sehingga semua orang berhasrat menjadi kontraktor, biarpun ada yang masuk tanpa kepakaran dan kemahiran, apatah lagi modal yang mencukupi. Perspektif ingin cepat kaya kontraktor ini telah membawa kepada jumlah kontraktor Bumiputera yang ramai, namun akibatnya ramai juga yang sakit dan gulung tikar. Lebih malang lagi yang menyewakan lesen kepada bukan Bumiputera untuk melaksanakan projek yang diperuntukan kepada Bumiputera.




>>> Lembu menyusu selam 9 bulan, manusia menyusu selam 2 tahun tapi kontraktor Bumiputera nak menyusu dengan kerajaan sepanjang hayat... Mana bole bro bagilah peluang kontraktor yg lain pulak bernafas...

Kalau kerajaan dah payung ko 5,6 tahun so cari la peluang sendiri asal nak bergantung dgn kerajaan sampai mampus plak???

Artikel ini masih ada sambungannya, so jgn lepaskan peluang mengikuti sambungannya nanti....  



KONTRAKTOR BUMIPUTRA PERLU BERUBAH - PART 1


RM50BILLION KONTRAK PEMBINAAN DIBERI KEPADA KONTRAKTOR BUMIPUTERA..!!!




Saban tahun, kerajaan membelanjakan berbilion ringgit dlm melaksanakan agenda Bumiputera utk membantu kontraktor Bumiputera bersaing dgn kontraktor bukan Bumiputera dlm industri pembinaan negara.Dianggarkan Rm50 billion kontrak & tender kerajaan dlm bdg pembinaan, sama ada membabitkan projek milik penuh kerajaan mahupun Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) diberikan kepada kontraktor Bumiputera.

Jumlah berkenaan kira2 separuh daripada perbelanjaan tahunan utk sektor pembinaan negara yg bernilai RM100 Billion atau kira2 2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setiap tahun.




Sebenarnya, jika diimbas kembali, dasar pemberian kontrak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera ini bermula sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan pada 1974. Namun persoalanya, adakah kaedah ini berjaya mencapai matlamat & sudah berapa ramai kontraktor2 Bumiputera mendapat manfaat hasil agihan ini??

Persoalan ini harus dijawab dan tidak menjurus menjadi isu politik dlm memastikan setiap agenda Bumiputera yang dilaksanakan menjadi pertikaian politik. Apa yang menarik, ramai pihak yg mula mempersoalkan mengenai agenda Bumiputera dalam setiap projek pembangunan yang dilakukan kerajaan hingga ia kini dilihat menjadi batu penghalang kepada pembangunan negara. <alaysia perlu membangun mengikut acuannya dan sudah pasti kerajaan sentiasa sedar agenda Bumiputera perlu ada dalam setiap model pembangunan negara, sama ada dlm bentuk makro atau mikro. Tetapi desakan terbuka utk memasukkan agenda Bumiputera dlm setiap apa yg hendak dilakukan kerajaan sebenarnya memberi imej kurang baik kepada Bumiputera.

Persoalan itu sebenarnya menghantui generasi muda Bumiputera masa kini, walaupun pada hakikatnya mereka sedar ia satu keistimewaan. Tetapi perlulah agenda Bumiputera terus mengikut acuan sedia ada??

Acuan sedia ada yg digunakan utk memacu agenda Bumiputera selama ini adalah dgn kerajaan menyediakan segala2nya kpd masyarakat Bumiputera dgn pelbagai insentif serta kuota yang dikhususkan kepada mereka. Bagaimanapun majoriti masyarakat Bumiputera mula sedar bahawa apakah hasilnya?? Apakah Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) dlm setiap agenda Bumiputera yg dilakukan kerajaan?? Siapa sebenarnya mendapat manfaat??  Keseluruh masyarakat Bumiputera, segelintit atau ia melimpah kpd bukan Bumiputera?? Namun adakah kontraktor Bumiputera mendapat manfaat hasil pemberian kontrak ini, bagi memastikan golongan berkenaan boleh bersaing dgn bukan Bumiputera?? Jika kita lihat secara lebih meluas, majoriti kontraktor hanya mampu mendapat kontrak daripada kerajaan atau GLC, tetapi tidak daripada pemaju swasta yang sebahagian besarnya bukan Bumiputera. Lantaran itu pelbagai alasan diberikan termasuk wujudnya diskriminasi terhadap kontraktor Bumiputera dgn hanya syarikat yang menjadi kroni parti politik layak mendapat kontrak. Mengapa ini terjadi?? Adakah kontraktor Bumiputera tidak mampu bersaing dan tidak boleh menghasilkan kualiti kerja setara atau lebih baik daripada kontraktor bukan Bumiputera?? 

Ketirisan kerja kontrak membabitkan kontraktor Bumiputera sebenarnya mencapai tahap yg serius. Ia perlu diakui semua pihak dan satu pelan tindakan perlu dirancang segera bagi mengelak isu ini menjadi lebih parah. 



>>> Pelbagai kemudahan kerajaan ilhamkan kepada kontraktor melayu utk bersaing di dunia perniagaan tetapi apa hasil pulangan kepada kerajaan mahupun rakyat di Malaysia khasnya kepada Bumiputera..

Ikuti sambungan artikel ini yang akan di keluarkan oleh Black Panther hasil nukilan Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed ( Ahli Parlimen Pulai ).




Wednesday 3 August 2011

DI HARI BAIK & BULAN BAIK NI SYG SEKALI, KEBODOHAN PAS TERSERLAH SEKALI..!!!!







Pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.




Exco Kesihatan negeri Kedah, Dr. Ismail Salleh menyatakan bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan.




Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?

Kegagalan Pas Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak membendung pertumbuhan pusat hiburan sehingga mereka dilihat seperti tidak berbuat apa-apa untuk mengekang kegiatan itu.






Pertambahan mendadak pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar lain di negeri itu adalah sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan dengan slogan murni seperti Kedah Sejahtera seperti yang dilaungkan oleh Pas.








Kegagalan pemimpin negeri itu menangani isu tersebut dengan berkesan juga dapat dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan untuk beroperasi sepanjang Ramadan, setelah mendapat tekanan DAP yang turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka (Pas Kedah) mudah mengubah keputusan.

Bagaimanakah pemimpin Pas mahu memastikan pusat-pusat hiburan (haram) berkenaan tidak dikunjungi oleh umat Islam termasuk pada bulan puasa?


Adakah Kerajaan Pas Kedah takut dengan tekanan DAP dan juga ugutan para pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP.