Friday 1 June 2012

RANGKA TINDAKAN MENUJU TRANSFORMASI II...

MENERUSI BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) KERAJAAN BERHASRAT MENYEDIAKAN JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL YANG MENDAHULUKAN KEBAJIKAN RAKYAT.



Program Transformasi Kerajaan bertujuan menambahkan keberkesanan kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan awam. Pelaksanaan terbahagi kepada tiga fasa meliputi tempoh 2010 - 2020.


Program memberi tumpuan kepada tujuh bidang terpenting iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, menaikkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, memperbaiki prasarana asa luar bandar, memperbaiki pengangkutan awam dalam bandar dan menangani belanja sara hidup.

Pada asasnya, Program Transformasi Ekonomi terdiri daripada dua komponen. Pertama, Model Ekonomi Baru yang terdiri daripada dua laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Model Ekonomi Baru menangani kejejalan, menyarankan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik. Ia membentangkan pilihan-pilihan dasar untuk menambah baik persekitaran yang mungkin diperlukan untuk mewujudkan natijah daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Wawasan 2020. 

Komponen kedua mengandungi Aktiviti Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang mengenal pasti peluang-peluang pelaburan yang menyokong cita-cita Malaysia mencapai taraf berpendapatan tinggi. Sejumlah 12 Aktiviti Ekonoki Utama Negara (NKEA) telah dikenal pasti, termasuk sektor-sektor ekonomi yang berikut iaitu minyak, gas dan tenaga, perkhidmatan kewangan, minyak sawit, perniagaan pemborongan dan peruncitan, pelancongan, elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, pelajaran, kandungan komunikasi dan prasarana, penjagaan kesihatan, pertanian dan kawasan metropolitan Kuala Lumpur yang lenih luas.


Di dalam NKEA, terdapat 131 projek Titik Permulaan (Entry Point Projects - EPP) yang telah dikenal pasti dengan tambahan 60 peluang perniagaan lagi untuk projek-projek pelaburan masa hadapan telah ditekankan. Pelaburan yang diperlukan adalah amat besar dan dikongsi antara sektor awam bukan GLC, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta. seperempat pelaburan keseluruhan yang diperlukan dijangka akan diperoleh daripada pelaburan asing.



>>> Sebagai sebuah kerajaan, Malaysia terus melabur untuk masa hadapan dengan cara melabur untuk pelajaran.

Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran yang diperlukan seberapa awal yang boleh, kerana merekalah akan menjadi ahli perniagaan lelaki dan wanita pada masa akan datang -seperti ada- yang akan membantu mengangkat ekonomi Malaysia ke mercu yang lebih tinggi (LKWU)