Saturday 1 October 2011

PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN RAPUH..!!!


PAS PIS PUS SEMAKIN TERTEKAN DAN TERDESAK UNTUK MERAIH SIMPATI




Tindakan Pas membangkitkan kembali isu hudud hanya muslihat bagi memenangi semula hati penyokongnya berikutan sokongan terhadap parti itu semakin merosot sejak akhir-akhir ini.

Isu hudud bukan perkara baru dan sengaja dibangkitkan semula apabila ramai penyokong Pas tidak puas hati apabila parti itu berganjak perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Perlembagaan Pas pun tidak dipinda dan untuk tujuan politik kerana tekanan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang yang tidak mahu istilah negara Islam digunakan, mereka menukar kepada negara berkebajikan menyebabkan ramai penyokongnya tidak puas hati.



Keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang, bahawa hudud yang dicadangkan Pas tidak akan dilaksanakan kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.




Ini juga merupakan satu hijab (tidak laksanakan hudud) untuk menutup perbezaan yang ketara dalam pakatan pembangkang. Dalam kalangan pemimpin Pas tidak akan berganjak kerana mereka nak terus wujudkan hudud. Kalau nak laksanakan, ia akan dapat tentangan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).




Tiada kata sepakat ditemui dalam pakatan pembangkang kerana Pas masih bertegas untuk laksanakan hudud ikut cara Pas di Kelantan. Bermakna pakatan pembangkang tiada persefahaman.




MPP pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.





>>> Hai si n.ajis ni x habis2 dengan kenyanyokan dia..Cukup2 la buat org keliru dengan ajaran ko tu..Yang pengikut2 dia pun satu hal, apa yang si nyanyok ni cakap pakai ikut jer tanpa memikirkan dari segi akli dan nakli..

Hukum hudud tidak tertakluk kepada umat Islam jer ia adalah menyeluruh kepada makluk Allah yang bergelar manusia.. X kan itu pun si nyanyok ni x tau atau pun memang sengaja nak memperbodohkan pengikutnya yang sedia bodoh..hehehhee..

Apabila tiba di akhir zaman pelbagai ragam manusia akan timbul sehinggalah yang terakhir iaitu Dajjal.. Nauzubillah..

Kepada rakyat Malaysia perjuangkan lah demi Agama, Bangsa & Tanah Air... Sekiranya benar PAS membawa Islam yang di sebarkan Nabi Muhammad SAW, mengapa perlu berparti...Nabi dulu ada parti ker masa lawan kapir lahnatullah?? Pikir2kan lah dan selamat beramal :-)


KETOKOHAN PEMIMPIN PENYAMBUNG WARISAN..!!!


Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed.


Nur Jazlan nama yang bergitu sinonim di kalangan rakyat Pulai. Walaupun sibuk seharian dengan tugas-tugas yang digalas namun akar umbi tetap menjadi keutamaan beliau.




Pada malam tadi beliau sempat bersama-sama penduduk Pangsapuri Sri Murni 2 dan UMNO Cawangan Hospital Besar di dalam satu majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Sri Murni 2 sambil menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang di adakan di dewan pangsapuri tersebut.




Setelah bersama-sama penduduk di kawasan tersebut beliau bergegas pula ke UMNO Cawangan Taman Cempaka bagi bersama-sama penduduk di situ untuk meraikan bakal-bakal haji yang akan ke Tanah Suci tidak lama lagi.



Kehadiran Yang Berhormat Datuk telah disambut dengan begitu meriah oleh penduduk sekitar Taman Cempaka yang diketuai oleh Tuan Haji Yahya, Ketua UMNO Cawangan Taman Cempaka dan Ketua-Ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan tersebut.







Keperihatinan Yang Berhormat Datuk kepada peringkat akar umbi amat disenangi dan dihargai oleh penduduk setempat. Semoga ia menjadi satu lambang penyambung warisan sebagaimana yang telah diamanahkan kepada beliau.



>>> Tahniah diucapkan kepada Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed di atas keperihatinan beliau terhadap akar umbi.

Kepada akar umbi beliau selalu mendampingi mereka walaupun beliau sendiri kesuntukan masa untuk menghadiri setiap program yang di buat di setiap cawangan namun dengan tanggungjawab yang digalas dan yang telah diamanahkan kepada beliau, Yang Berhormat Datuk tidak akan mengecewakan akar umbi di Parlimen Pulai...Tahniah DNJ.

Semoga ia menjadi satu tauladan kepada pemimpin muda masa kini..