Monday 11 May 2015

BILA NAJIB BERSUARA !!!

Saya Tidak Akan Tunduk Tekanan 



 Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.



"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini, Ahad.

Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau, Sabah.

Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Justeru, kata Najib takkan satu suara lebih besar daripada suara yang didengarnya daripada hadirin dan juga rakyat di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan pagi tadi serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.

Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.

"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri," yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.

"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad - 1MDB)," katanya.

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 juta hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.

"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.


Sunday 10 May 2015

11 SCANDAL BERKAITAN NAJIB RAZAK !!!

11 kisah Najib yang perlu kita tahu.


Setiap pemimpin mempunyai wawasanya tersendiri. Namun apa jua wawasannya, matlamatnya tetap Satu iaitu kemajuan negara dan menjaga kebajikan rakyatnya.

Ramai diantara kita yg lebih sukakan veritable auta daripada cerita fakta.












Yang baik itu Dayana Dari Allah dan yang Nurul itu Dari manusia sendiri yang menciptanya.

Saturday 9 May 2015

TABUNG HAJI vs TABUNG HAJI PROPERTIES!!!

Penjelasan Pembeliah Tanah oleh Tabung Haji Properties anak Syarikat Tabung Haji.



Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.

 Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.

Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.



Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?

THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.

Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?



Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.

Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?

Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j.  THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.

Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.

Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.

Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.

Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?

Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.

Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebihmahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli. Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.



Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.



Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka yang memfitnah dan memutar belitkan fakta.



API DALAM SEKAM!!!

Api dalam sekam TIGA sekawan!!


Pelbagai isu di kemukakan baru2 ini kepada kerajaan. Senario ini sama seperti agenda menjatuhkan Pak Lah. Persoalannya kenapa Madey buat begitu.

Pemimpin Pakatan semakin menuju kejayaan dgn adanya Madey. Dulu kuar parti tpi sekarang tidak sbb diberi sokongan padu oleh pengampu.


Madey merupakan Deligasi Kepimpinan yg agak terbaik di dunia. Pelbagai kejayaan yang telah dikecapi dan tidak kurang juga dgn kegagalan yg ditutupi yg tidak perlu di ungkitan lagi.

Zaman semakin berubah dulu gula2 seposen 4, Lah ni da x dpt da macam tu lagi dah. Lain hulu lain parang itu Lah Bidalan org dulu2.

Kami menghormati dan menyanjung tggi akan Tun Madey, pesanan nya agar mengkritik mengikut saluran. Setiap pemimpin mempunyai cara dan strategi tersendiri dlm melaksanakan kerja mereka. Dulu Tun Madey paling tidak suka pentadbiran beliau di pertikaikan so sama la sekarang ni. Biar pemimpin terkini mentadbir dgn cara dan ideologi mereka mengikut peredaran zaman.

Sebagai rakyat yg menyokong kepimpinan parti kita perlu memberikan sokongan utk memajukan dan memakmurkan negara tercinta ini. Mana ada satu-satu pemimpin nak hancurkan negara sendiri.

Apa yang bole dilihat disini, tiada perbincangan Madey dan Najib. Kalau benar komen dan teguran Madey utk rakyat kenapa tidak bersua empat mata dgn Najib?? Bincang perhalusi dan bekerjasama. Kalau Madey ckp Najib degil Jgn la kecik ati sbb dulu pun awk camtu jugak.

Fikirkan yg terbaik utk Malaysia kerana sekarang ini pembangkang sedang menari mengikut rentak lagu Madey ataupun sebaliknya.



Sudah2 Lah menghentam ada baiknya memulih bersama sekiranya benar Tun Madey ni sorg yg Lagend.

Jangan salah faham komen ini, hanya renungkan mana yg baik sebagai pedoman dan yg buruk itu dibuang jauh2.

"BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT"


GENDANG GENDUT TABUNG HAJI, SAPER LAGI CEQ NAK TAJI !!!

Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.

Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.

PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.

Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.

Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:



Soalan kepada MOF

1)    Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?

2)    Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?

3)    1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?



Soalan kepada TH

1)             Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transaksi ini?

2)             Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli (SPA) dimeterai? Sekiranya tidak, bilakah pembayaran penuh untuk tanah ini akan diselesaikan? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini? 

3)        Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah yang dibuat di kawasan berhampiran dibeli pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?

PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat.

Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. 

Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima.

8 Mei, 2015


*** Apa yang boleh BP katakan adalah seperti gambar dibawah 😊😊😊


Tuesday 1 October 2013

Black Panther: BENARKAH PERUBAHAN AKAN MENJELMA DI BUMI MALAYSIA?...

Black Panther: BENARKAH PERUBAHAN AKAN MENJELMA DI BUMI MALAYSIA?...: Tanpa Yang Lama Maka Tiada lah Yang Baru Namun Begitu Tiada Yang Baru Siapakah Yang Akan menyambung Wawasan Yang telah di Reka Dan Yang Tel...

BENARKAH PERUBAHAN AKAN MENJELMA DI BUMI MALAYSIA???

Tanpa Yang Lama Maka Tiada lah Yang Baru Namun Begitu Tiada Yang Baru Siapakah Yang Akan menyambung Wawasan Yang telah di Reka Dan Yang Telah Di Rencanakan..!!






Dengan mendukung cita-cita yang amat mulia inilah hadirnya seorang wiramuda dari Johor yang ingin mencurahkan jasa bakti beliau demi menyambung warisan yang telah dirangka begitu lama.

Walaupun tidak sebesar mana jasanya beliau kepada negara namun begitu apa salahnya memberi seruang dua untuk beliau buktikan apa yang akar umbi mahukan dan inginkan.




Akhirkata buka mata dan minda , ke manakah arah tuju Malaysia akan kita bawa. Sekarang kita gah dimata dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti suara kita akan menjadi penentu seuatu keputusan dunia nanti . INSYAALLLAH !!





Berilah peluang kepada kami Anak Muda Malaysia demi memercukan kejayaan yang bakal dirangka demi Malaysia.. Malaysia Boleh !!






>>> Demi memperjuangkan sesebuah bangsa dan negara bukan nya dengan senjata biologi yang digeruni pada masa ini tetapi idiologi fdan pemikiran terbuka demi memertabatkan sesebuah bangsa dan negara itu yang kita perlukan.

Fisabillah, sahid dan perjuangan sejati tereletak didalam hati apa yang tersirat kita cuba tersuratkan agar Malaysia dan Dunia aman sejagat.



Friday 1 June 2012

RANGKA TINDAKAN MENUJU TRANSFORMASI II...

MENERUSI BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) KERAJAAN BERHASRAT MENYEDIAKAN JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL YANG MENDAHULUKAN KEBAJIKAN RAKYAT.



Program Transformasi Kerajaan bertujuan menambahkan keberkesanan kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan awam. Pelaksanaan terbahagi kepada tiga fasa meliputi tempoh 2010 - 2020.


Program memberi tumpuan kepada tujuh bidang terpenting iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, menaikkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, memperbaiki prasarana asa luar bandar, memperbaiki pengangkutan awam dalam bandar dan menangani belanja sara hidup.

Pada asasnya, Program Transformasi Ekonomi terdiri daripada dua komponen. Pertama, Model Ekonomi Baru yang terdiri daripada dua laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Model Ekonomi Baru menangani kejejalan, menyarankan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik. Ia membentangkan pilihan-pilihan dasar untuk menambah baik persekitaran yang mungkin diperlukan untuk mewujudkan natijah daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Wawasan 2020. 

Komponen kedua mengandungi Aktiviti Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang mengenal pasti peluang-peluang pelaburan yang menyokong cita-cita Malaysia mencapai taraf berpendapatan tinggi. Sejumlah 12 Aktiviti Ekonoki Utama Negara (NKEA) telah dikenal pasti, termasuk sektor-sektor ekonomi yang berikut iaitu minyak, gas dan tenaga, perkhidmatan kewangan, minyak sawit, perniagaan pemborongan dan peruncitan, pelancongan, elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, pelajaran, kandungan komunikasi dan prasarana, penjagaan kesihatan, pertanian dan kawasan metropolitan Kuala Lumpur yang lenih luas.


Di dalam NKEA, terdapat 131 projek Titik Permulaan (Entry Point Projects - EPP) yang telah dikenal pasti dengan tambahan 60 peluang perniagaan lagi untuk projek-projek pelaburan masa hadapan telah ditekankan. Pelaburan yang diperlukan adalah amat besar dan dikongsi antara sektor awam bukan GLC, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta. seperempat pelaburan keseluruhan yang diperlukan dijangka akan diperoleh daripada pelaburan asing.



>>> Sebagai sebuah kerajaan, Malaysia terus melabur untuk masa hadapan dengan cara melabur untuk pelajaran.

Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran yang diperlukan seberapa awal yang boleh, kerana merekalah akan menjadi ahli perniagaan lelaki dan wanita pada masa akan datang -seperti ada- yang akan membantu mengangkat ekonomi Malaysia ke mercu yang lebih tinggi (LKWU)