Saturday, 1 October 2011

KETOKOHAN PEMIMPIN PENYAMBUNG WARISAN..!!!


Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed.


Nur Jazlan nama yang bergitu sinonim di kalangan rakyat Pulai. Walaupun sibuk seharian dengan tugas-tugas yang digalas namun akar umbi tetap menjadi keutamaan beliau.




Pada malam tadi beliau sempat bersama-sama penduduk Pangsapuri Sri Murni 2 dan UMNO Cawangan Hospital Besar di dalam satu majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Sri Murni 2 sambil menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang di adakan di dewan pangsapuri tersebut.




Setelah bersama-sama penduduk di kawasan tersebut beliau bergegas pula ke UMNO Cawangan Taman Cempaka bagi bersama-sama penduduk di situ untuk meraikan bakal-bakal haji yang akan ke Tanah Suci tidak lama lagi.



Kehadiran Yang Berhormat Datuk telah disambut dengan begitu meriah oleh penduduk sekitar Taman Cempaka yang diketuai oleh Tuan Haji Yahya, Ketua UMNO Cawangan Taman Cempaka dan Ketua-Ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan tersebut.







Keperihatinan Yang Berhormat Datuk kepada peringkat akar umbi amat disenangi dan dihargai oleh penduduk setempat. Semoga ia menjadi satu lambang penyambung warisan sebagaimana yang telah diamanahkan kepada beliau.



>>> Tahniah diucapkan kepada Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed di atas keperihatinan beliau terhadap akar umbi.

Kepada akar umbi beliau selalu mendampingi mereka walaupun beliau sendiri kesuntukan masa untuk menghadiri setiap program yang di buat di setiap cawangan namun dengan tanggungjawab yang digalas dan yang telah diamanahkan kepada beliau, Yang Berhormat Datuk tidak akan mengecewakan akar umbi di Parlimen Pulai...Tahniah DNJ.

Semoga ia menjadi satu tauladan kepada pemimpin muda masa kini..


No comments:

Post a comment