Saturday, 13 August 2011

KONTRAKTOR BUMIPUTERA PERLU BERUBAH - PART 4 (edisi akhir)


MBE yang menggantikan DEB memerlukan semua pihak bergerak dan bertindak secara kolektif..!!!




Ketidakmampuan untuk berintegrasi pada rantaian bekalan global adalah masalah yang dihadapi peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang kebanyakannya terdiri daripada Bumiputera. Ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada subsidi yang tidak mungkin kekal selamanya akibat faktor kekangan fiskal dan sekali gus membantutkan peluang untuk mereka berjaya dalam jangka masa panjang. Selain itu, peranan kerajaan juga perlu ditingkatkan melalui penyemakan semula sistem pemberian kontrak kepada usahawan Bumiputera bagi memaksimumkan ketirisan.

Namun begitu, kerajaan juga perlu merangka rancangan jangka masa panjang untuk memecah monopoli golongan bukan Bumiputera dalam rantaian bekalan bahan mentah terutama dalam industri pembinaan. Sekiranya kerajaan serius untuk membasmi kebocoran ini, cara terbaik ialah dengan mengadakan satu mekanisma bagi membolehkan tugas sebagai pembekal itu diberikan kepada agensi yang dijalankan Bumiputera.


Di peringkat kontraktor Bumiputera pula, mereka seharusnya mempunyai amanah dan mengambil langkah untuk memastikan projek yang ditawarkan dilaksanakan dengan baik tanpa disubkan sepenuhnya kepada orang lain (bukan Bumiputera). Kontraktor Bumiputera perlu melengkapkan syarikat dengan keupayaan teknikal yang tinggi serta memenuhi standard ISO tertentu. Selain itu juga, kontraktor Bumiputera perlu mendalami ilmu dan mengaplikasikan Sistem Binaan Bersepadu (IBS) dalam industri pembinaan sebagai langkah ketirisan. IBS adalah aktiviti pembinaan pasang siap di mana semua komponen pembinaan seperti penuangan konkrit, kolum dam rangka dibuat di kilang oleh vendor. Vendor akan membawa semua bahan binaan yang dipasang siap di kilang ke tapak binaan untuk dipasang sub-kontraktor.

Langkah menggalakan syarikat Bumiputera menggunakan sistem ini juga membolehkan mereka dapat mengeluarkan barangan binaan dalam skala lebih besar dan berdaya saing, selain mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh, meningkatkan kualiti, produktiviti, keselamatan dan daya saing. Atas sebab ini, Kementerian Kerja Raya perlu memperkasakan peranan Lembaga Perindustrian Pembinaan (CIDB) dan berharap dengan perlantikan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIDB akan membantu agensi ini melaksanakan kaedah IBS dengan lebih berkesan. 



Bagaimanapun tidak ramai kontraktor Bumiputera mahu menggunakan teknologi ini memandangkan kaedah konvensional lebih mudah dan murah, tetapi ia sebenarnya merugikan bagi jangka masa panjang. Sikap tidak mahu berubah ini merugikan kontraktor Bumiputera, sekali  gus menyebabkan mereka terus menjadi pengikut trend bukan 'trend setter'. Model Baru Ekonomi (MBE) yang menggantikan DEB memerlukan semua pihak bergerak dan bertindak secara kolektif. Masyarakat Bumiputera khususnya kontraktor Bumiputera akan sampai ke tahun 2020 dan menjadi dasar Malaysia mahu menjadi negara maju yang memerlukan Malaysia menjadi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi.

Namun ia membawa maksud Malaysia perlu membuka perolehan kerajaan yang selama ini harta eksklusif Bumiputera kepada masyarakat bukan Bumiputera . Justeru, kerajaan perlu proaktif intuk menyiapkan kontraktor Bumiputera berhadapan dengan cabaran ini, kerana kita mahu syarikat pembinaan Bumiputera yang mampu bersaing 'sama rendah dan sama tinggi' dengan syarikat antarabangsa dalam membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.




>>> Sudah tiba masanya kerajaan perlu membuka mata agar tidak mendodoikan kontraktor Bumiputera yang hanya tahu mengaut keuntungan dgn mengAli Baba kan projek ke pihak ke-2 dan ke-3.

Agenda Bumiputera harus dikaji semula keberkesanannya kerana Bumiputera sendiri yang mengambil kesempatan menggunakan Agenda Bumiputera demi kepentingan sendiri dan bukan demi Bumiputera keseluruhannya..

Politik dijadikan batu loncatan untuk mendapatkan projek dengan menggunakan nama Agenda Bumiputera tetapi akhirnya bukan Bumiputera yang dapat hasil daripada Agenda Bumiputera...

Tidak perlu melihat jauh, cuba lihat projek-projek yang sdg dilaksanakan sekarang atas nama Agenda Bumiputera, adakah Bumiputera sepenuhnya mendapat hasilnya ataupun Bumiputera hanya tahu sistem Ali Baba???





No comments:

Post a Comment