Tuesday, 6 September 2011

APABILA MAT SEBU MENJADI LEMBU PAKATAN !!!



Kerana Pulut Santan Binasa !!!





Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.




Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.



Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.

Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?




Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabun dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.





>>> Pengikut-pengikut PAS PIS PUS bergitu taksub menyokong kenyataan Mat Sabun ni, tetapi mereka lupa akan nenek moyang mereka yang di bunuh dengan kejam oleh PKM dahulu..

Mata-mata di Balai Bukit Kepong adalah orang-orang melayu yang mempertahankan Tanah Air mereka, tidakkah Mat Sabun ni sedar itu semua..

Tahukah Mat Sabun betapa tergurisnya hati waris-waris mata-mata yang terkorban dalam tragedi bukit kepong???

Mengapakah seorg pemimpin parti Agama sanggup mengguris hati insan lain?? Adakah ini cara yang Islam ajar??? Manakah perginya Islam Mat Sabun ni???

Ternyata Islam di PAS hanyalah topeng untuk memuaskan nafsu pemimpinnya sahaja...Jangan kita terlalu taksub kepada seseorang hingga kita sendiri tidak dapat berfikir secara rasional..Tragedi Bukit Kepong telah membuktikan betapa kejamnya komunis diwaktu itu..

Kini Mat Sabun pula mendakwa komunis itu perjuang sebenar bagi kemerdekaan Tanah Melayu..!!! Selagi lembu ini ada di muka bumi ini selagi itulah kebodohannya terserlah...Sudah menjadi lazim bagi PAS mengguris hati seseorg diwajibkan sekiranya menjadi keuntungan kepada Parti mereka..

Dah lah permainkan Agama kini nak perbodohkan sejarah pulak...!!!!!




No comments:

Post a Comment