Friday, 9 September 2011

DALAM KESIBUKAN KITA BERGEMBIRA JGN LUPA YANG BERDUKA !!!




MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS RAWATAN PERUBATAN ANAK



 Jika dilihat secara zahirnya kegembiraan keluarga ini terpancar di wajah mereka. Tetapi disebalik kegembiraan itu hanya ALLAH yang mengetahui keperitan yang dihadapinya. Dengan itu Black Panther ingin berkongsi sedikit keperitan yang dihadapi akan keluarga ini.



 Untuk makluman semua adik Puteri Nur Iman Qasrina Binti Mohammad Shafiq, No kad pengenalan [100510-01-0152] adalah pemegang kad OKU berdaftar, No pendaftaran MD : 01/01/11/000081 telah mengalami sawan ketika berusia 2 minggu selepas dilahirkan dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail selama 21hari.



Diagnosis ialah global developmental delay with ,cortical blindness secondary to celebral infarction with hypoxic ischemic injury.Keputusan EEG yang dilakukan juga mengesahkan beliau mengalami infantile spasm. Sehingga sekarang masih mengalami sawan dan masih dalam peringkat awal penggunaan ubat topiramate dan tyroxin.



Justeru itu, sudilah kiranya menghulurkan sumbangan bagi keluarga ini melakukan rawatan di Kuala Lumpur Hyperbaric Center yang beralamat di No.3, Taman Tasik Titiwangsa,53200 Kuala Lumpur. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh KL Hyperbaric, kos rawatan penyakit beliau adalah sebanyak RM8,000 bagi 40 kali rawatan dan kos tersebut tidak termasuk bagi khidmat perundingan, ujian imbasan dan sebagainya

Segala sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Maybank bernombor 151258620005 atas nama Puteri Nur Iman Qasrina Binti Mohammad Shafiq.

Segala jasa baik dan perhatian yang diberikan mudah-mudahan akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung terus kepada ibu adik Puteri Nur Iman Qasrina iaitu Puan Nur Khairiyah Binti Ahmad di talian 016-7322757.




>>> Tidak ada sebuah keluarga pun di bumi ALLAH SWT ini meminta cahaya mata beliau dilahirkan dalam keadaan begini. Namun inilah dugaan ALLAH SWT kepada mahluknya yang bernama manusia.

Sebagai manusia kita perlu tabah menghadapi segala cubaan dan rintangan yang telah diberikan kepada kita. Namun bergitu kita haruslah berusaha mencari yang terbaik untuk menghadapi segala dugaan Ilahi.

Sehubungan itu sudilah kita insan yang bernama manusia menghulurkan sedikit bantuan agar dapat meringankan dugaan yang diberikan kepada kita.

Tidak semua insan yang dapat membantu tetapi tidak semua insan juga yang tidak dapat membantu, mungkin hari ini keluarga tersebut telah diberi dugaan daripada ALLAH SWT dan dengan kuasa NYA juga, mungkin esok lusa keluarga kita pula yang akan diberi dugaan ini.

Kepada yang sudi membantu bolehlah salurkan ke akaun yang telah dinyatakan atau bolehlah berhubung dengan ibu beliau.

Membantu sesama insan adalah amalan mulia yang dituntut Agama, semoga dengan bantuan kita yang tidak seberapa dapat mengurangkan sedikit dugaan yang diterima keluarga tersebut...Insyaallah semoga ALLAH SWT mengizinkan...Aminnnnn...


No comments:

Post a Comment