Tahniah buat Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pulai yang di ilhamkan oleh YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed baru sahaja selesai dengan diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum.
Majlis itu juga tidak melupakan kepada mereka yang kurang berupaya dan juga diserikan dengan pelbagai sumbangan ikhlas dari Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed. Seawal jam 11.30 pagi pelbagai masyarakat pelbagai kaum telah membanjiri Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat untuk meraikan majlis tersebut.
Keadaan bertambah meriah apabila majlis tersebut dikunjungi oleh skuad perodua era. Pelbagai persembahana dibuat oleh masyarakat setempat untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Tidak dilupakan juga persembahan ghazal Johor sering berkumandang secara langsung sepanjang majlis tersebut.
Kehadiran para tetamu dari dalam dan luar Parlimen Pulai amat dihargai oleh Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, semoga majlis sebegini dapat di teruskan demi merapatkan silaturahim yang telah lama terjalin diantara masyarakat Parlimen Pulai dan juga pemimpin yang di amanahkan untuk masyarakat seperti Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed.
>>> Setinggi-tingi tahniah kepada Parlimen Pulai & Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed di atas keperihatinan beliau mengadakan rumah terbuka buat masyarakat Parlimen Pulai..
Semoga majlis sebegini dapat diteruskan demi perpaduan masyarakat di Parlimen Pulai..
Jasa baik Datuk tetap dihargai bagi generasi muda di Parlimen Pulai..
No comments:
Post a Comment