Thursday 11 August 2011

KONTRAKTOR BUMIPUTERA PERLU BERUBAH - PART 2

SIKAP INGIN CEPAT KAYA & TIDAK MENANAMKAN CIRI-CIRI KESUNGGUHAN DALAM PERNIAGAAN ANTARA KELEMAHAN YANG SERING DIKAITKAN DENGAN TABIAT NEGATIF USAHAWAN/KONTRAKTOR BUMIPUTERA..!!!





Fenomena ini cukup mengecewakan kerana ia boleh menggagalkan hasrat kerajaan untuk memperkasakan kontraktor Bumiputera dan seterusnya mengatasi masalah jurang pendapatan antara kaum di Malaysia. Keadaan ini juga menyebabkan taraf hidup , kuasa membeli, kedudukan dlm masyarakat berbilang kaum, peluang dan keupayaan pendidikan, taburan peruntukan dana dan perlaburan di institusi kewangan dan perbankan serta byk lagi petunjuk menggambarkan kelemahan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Yang jelas, isu ini bukan disebabkan kekurangan peruntukan kerajaan utk membantu Bumiputera kerana saban tahun kerajaan mengeluarkan peruntukan berjuta-juta ringgit dlm bentuk tender dan kontrak yg dikhususkan kepada Bumiputera, malangnya kebocoran tetap berlaku. Sekiranya masalah ketirisan ini tidak diatasi segera, tidak mungkin mereka akan dapat memanfaatkan sepenyhnya pelaksanaan projek pembangunan bernilai RM230 billion yg diumumkan kerajaan melalui RMK-10 baru-baru ini.





Selain itu, kerajaan telah melakukan pelbagai perkara untuk membantu meningkatkan pemilikan Bumiputera dlm perniagaan termasuk menggubal dasar afirmatif seperti DEB utk menjamin peluang dan penglibatan secara aktif Bumiputera yg satu ketika dahulu jauh terkebelakang akibat dasar diskriminatif penjajah yang mengakibatkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Hasilnya pegangan ekuiti Bumiputera meningkat daripada 2% pada permulaan DEB kepada 19% pada tahun 2000. Tetapi hakikatnya hampir keseluruhan daripada peratusan itu dipegang GLC milik kerajaansepenuhnya dan ia bukti dasar membantu kontraktor Bumiputera masih gagal.

Namun perangkaan menunjukkan sasaran DEB masih belum dicapai sepenuhnya. Ketidakcapaian sasaran DEB bukan kerana kesilapan dasar, tetapi kerana ketirisan pada peringkat pelaksana dasar. Ini kerana sikap sesetengah kontraktor Bumiputera gagal memanfaatkan sepenuhnya tender yang dikhaskan kepada mereka, sebaliknya membenarkan projek ini jatuh ke tangan bukan Bumiputera di bawah konsep Ali Baba.  Golongan ini adalah kontraktor Bumiputera yang tidak bertanggungjawab dan sanggup menjual kontrak diperoleh sebagai jalan mudah mendapat keuntungan segera dan seketika. Peluang yang diberi tidak digunakan bagi membesarkan urus niaga atau meningkatkan kapasiti bagi menjamin kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Permit, kemudahan, kontrak dan lesen yg diperuntukkan kepada Bumiputera diserahkan kepada orang lain demi keuntungan jangka masa pendek. Selepas itu mereka meminta peluang baru sehingga akhirnya lahir satu puak yang menjadikan peranan orang tengah sebagai kerjaya.




Selain menggagalkan pencapaian matlamat DEB, ketirisan yg berlaku mencemarkan imej Melayu secara amnya, disamping menghakis keyakinan umum terhadap masyarakat Bumiputera. Tindakan yang diistilahkan sebagai 'rent-seeking' ini iaitu mengambil keuntungan daripada org lain tanpa membuat sebarang sumbangankepada prodiktiviti sememangnya tidak mampu memberikan nilai tambah kepada segala usaha berterusan utk meningkatkan ekuiti Bumiputera yg pada ketika ini jelas merosot dan mengalami penurunan begitu mendadak. Sikap ingin cepat kaya dan tidak menanamkan ciri-ciri kesungguhan dlm perniagaan adalah antara kelemahan yg sering dikaitkan dengan tabiat negatif usahawan Bumiputera. Keghairahan utk mengaut keuntungan jangka masa pendek sering mendorong pelbagai tindakan yg tidak beretika hingga membelakangkan prinsip dan sanggup menggadai masa depan bangsa dan negara.

Justeru, apabila konsep Ali Baba ini menjadi amalan mereka, bukan keuntungan diperolehi, sebaliknya semakin ramai kontraktor Bumiputera mengalami kerugian dan ketinggalan berbanding usahawan/kontraktor bangsa lain. Sektor pembinaan dianggap bisnes untuk cepat kaya sehingga semua orang berhasrat menjadi kontraktor, biarpun ada yang masuk tanpa kepakaran dan kemahiran, apatah lagi modal yang mencukupi. Perspektif ingin cepat kaya kontraktor ini telah membawa kepada jumlah kontraktor Bumiputera yang ramai, namun akibatnya ramai juga yang sakit dan gulung tikar. Lebih malang lagi yang menyewakan lesen kepada bukan Bumiputera untuk melaksanakan projek yang diperuntukan kepada Bumiputera.




>>> Lembu menyusu selam 9 bulan, manusia menyusu selam 2 tahun tapi kontraktor Bumiputera nak menyusu dengan kerajaan sepanjang hayat... Mana bole bro bagilah peluang kontraktor yg lain pulak bernafas...

Kalau kerajaan dah payung ko 5,6 tahun so cari la peluang sendiri asal nak bergantung dgn kerajaan sampai mampus plak???

Artikel ini masih ada sambungannya, so jgn lepaskan peluang mengikuti sambungannya nanti....  



2 comments:

  1. shayang_leen@yahoo.com11 August 2011 at 10:41

    minum susu byak baik..tapi kalu menyusu terus BERgantung sapi PUN MAU lari klu dah tebal2 poket 2 bagilah ruang kat orng lain pulak..kalu tamak sangat rezki xberkat jugak.. xkanlah tak ade untung langsung...klu dah bertahun2 dapt projet.......tapi pihak2 berkenan yang memberi ruang 2 tak kan xknal lak si bapak kontrak 2....?

    ReplyDelete
  2. Senang je, bukak balik lesen pkk, klas f sampai A, dah lama sangat ni, orang lama yang kaut untung sampai bila, bagi la generasi baru pulak

    ReplyDelete