Tuesday 6 September 2011

PULAI OH PULAI !!!


PROGRAM ZIARAH LEBARAN PEMUDA PULAI 2011 !!!




Baru-baru ini Pemuda Pulai ada membuat satu prgm yg diberi nama Program Ziarah Lebaran Pemuda Pulai 2011. Prgm ini telah melibatkan AJK Pemuda Pulai secara konvoi menziarahi rumah KP-KP Cawangan di Bahagian Pulai. 




Walaupun prgm hari tersebut tidak dapat mengunjungi ke semua rumah Ketua Pemuda Cawangan namun kemeriahannya terserlah dengan kedatangan peserta konvoi disambut baik oleh tuan rumah (KP-KP Cawangan). Semoga program tersebut dapat diteruskan dimasa akan datang demi menguatkan perpaduan ke akar umbi..




Namun dalam kemeriahan tersebut, terselit juga isu-isu yang kurang disenangi oleh akar umbi. Isu yang dimaksudkan itu adalah isu peruntukan yang dikhaskan untuk sayap-sayap parti tidak sampai ke matlamat yang disasarkan. Persoalannya ...KEMANAKAH PERGINYA PERUNTUKAN TERSEBUT????

Apa yang kami difahamkan oleh KP Negeri, peruntukan itu adalah khas untuk KP Bahagian tetapi dari yang tertera pada surat yang pusat hantar kepada Bahagian-Bahagian, peruntukan itu adalah peruntukan untuk mengadakan program di bulan ramadhan dan juga di bulan syawal..

Sayang seribu kali sayang isu-isu sebegini masih timbul dikala kita semakin hampir ke PRU-13.. Sepatutnya pemimpin tertinggi parti harus lebih peka kepada keadaan sekeliling supaya perkara sebegini tidak menjadi isu untuk kita menghadapi PRU-13 nanti. Akar umbi akan bersuara mengapa terjadi sebegini dan kepercayaan kepada parti akan tergugat..Semoga dimasa akan datang kita dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca...








Namun begitu tahniah kepada Pemuda Pulai yang mampu bergerak dalam bentuk berpasukan walaupun segala peruntukan dari pusat tidak sampai ke tangan yang sepatutnya...Kepada KP Bahagian Pulai, cukup-cukuplah mabel duit peruntukan kerana perbuatan anda mencemarkan nama baik parti dan juga Bahagian Pulai itu sendiri..


http://www.facebook.com/video/video.php?v=258783410809057&oid=146612612078455&comments


>>> Kepada Pemuda Pulai teruskan usaha murni kunjung mengunjungi sesama insan dan usaha ini harus diteruskan tidak mengira bulan lebaran mahupun tidak lebaran.. Perpaduan sesama kita harus dipupuk supaya menjadi padu, seia dan sekata..

Walaupun KP Pulai umpama mayat hidup namun kita semua perlu teruskan perjuangan demi Agama, Bangsa & Tanah Air.. Harapan akar umbi perlu diperjuangkan semoga kesejahteraan terjamin..

Tidak juga lupa kepada pemimpin tertinggi parti, sokongan akar umbi tetap bersama parti namun adakah parti hanya berdiam diri melihat kerakusan KP Pulai mengelapkan setiap peruntukan yang diberi..

Ingatlah semua AKAR UMBI PENGUAT PARTI, TANPA AKAR UMBI PEMIMPIN TERTINGGI PUN TERSEMBAM KE BUMI..!!!



1 comment:

  1. Salam pergerakan pemuda UMNO Pulai. Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan tahniah atas kesungguhan saudara sekalian mendekati rakyat. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah pada tuan sheikh, sahabat saya dalam menjalankan amanah mendampingi rakyat. Namun usahlah sesama kita meyalahkan pihak lain dlm keluarga kita sendiri. Pakatlah baik baik.

    ReplyDelete