Friday 18 May 2012

DILAHIRKAN UNTUK MEMIMPIN !!!

"TUJUAN UTAMA SAYA MEMASUKI BIDANG POLITIK BUKAN SAHAJA KERANA PELUANG UNTUK MEMBINA MASA HADAPAN, TETAPI JUGA KERANA SAYA MAHU MENYAMBUNG RANCANGAN DAN VISI YANG INGIN DIJAYAKAN OLEH AYAHANDA SAYA"




YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dalam suatu jurai peralihan pucuk pimpinan yang tiada penghujungnya. Perjalanan politik beliau bermula secara rasmi ketika beliau baru sahaja berusia 22 tahun, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Pekan pada tahun 1976. Pekan sebelum ini merupakan kawasan pilihan raya ayahandanya. Ayahandanya, Tun Haji abdul Razak, yang juga Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 adalah seorang tokoh yang disayangi rakyat dan dikagumi kerana pengurusan pentadbirannya yang bijak.

Dato' Sri Najib dilahirkan pada Julai 953, lapan tahun selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dan beliau baru berusia lima tahun ketika Malaysia menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Alllahyarham Tun Abdul Razak pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan berkhidmat di samping Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama selama 3 tahun, sebelum mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada 970.



Najib membesar dalam suasana politik dan banyak belajar daripada cara ayahandanya berinteraksi dengan rakyat yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat, serta tatacara menangani pelbagai isu yang timbul dari semasa ke semasa sepanjang tempoh memegang jawatan.

Najib, anak sulung daripada lima adik beradik lelaki, sering mengikuti ayahandanya bertemu dengan rakyat, sama ada di desa-desa pendalaman Malaysia atau di kota-kota raya. Tun Razak mempunyai gerak laku yang bersahaja dan begitu mengambil berat akan kesejahteraan rakyat, terutama mereka yang datang dari luar bandar. Perilaku yang sama dapat dilihat pada Dato' Sri Najib yang telah mewarisi kebolehan yang sama untuk membuat rakyat berasa selesa, biar apa pun taraf kedudukan mereka.

Pada diri Dato' Sri Najib kita dapat merasakan corak kepimpinan yang dibawa oleh ayahandanya untuk negara. Sikap prihatin beliau kepada rakyat adalah visi untuk negara mencapai perpaduan.








>>> Bersatu menuju ke arah negara paling maju.
(by LKWU)


No comments:

Post a Comment