Wednesday 30 May 2012

NIZAR JAMALUDDIN BIADAP...!!!

KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA...!!!



     Kami sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Sultan, merasakan amat marah dan tersinggung dengan kenyataan yang telah dibuat oleh bekas Menteri Besar Perak iaitu YB Nizar Jamaluddin. Kenyataan beliau yang telah menfitnah Tuanku Sultan Johor menyalahgunakan wang rakyat semata-mata untuk membeli no plat : WWW 1 baru-baru ini adalah tidak berasas langsung.

    Sepatutnya penyertaan Tuanku Sultan Johor dalam pembidaan ini dilihat sebagai salah satu lagi cara DYMM Tuanku memberikan sumbangan kepada rakyat yang mana baginda telah menggunakan wang peribadi baginda untuk memberikan pendapatan kepada Negara yang seterusnya akan dibelanjakan oleh kerajaan untuk faedah rakyat Malaysia keseluruhannya.


   Berkenaan sumbangan dan kebajikan DYMM Tuanku Sultan Johor kepada rakyat Negeri Johor jangan dipertikaikan kerana baginda pada setiap masa dengan pelbagai kaedah dan cara telah menyumbang secara terus atau secara tidak langsung kepada rakyat. Contoh terdekat dibuktikan pada Kembara Mahkota Johor dimana baginda dan seluruh kerabat DiRaja Johor mencemar duli berjumpa rakyat jelata dengan menyampaikan sendiri pelbagai sumbangan peribadi baginda bernilai jutaan ringgit kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik disemua 10 daerah dalam negeri Johor yang dijelajahi termasuk di Parlimen Pulai ini.





   Kenyataan sebegini sebenarnya untuk menghasut dan mengelirukan rakyat yang bertujuan memecah-belahkan perpaduan rakyat dan seterusnya dimanipulasikan oleh beliau bagi menolak institusi raja yang kita junjung selama ini. Sepatutnya YB Nizar selaku wakil rakyat perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan terhadap Sultan kami.


     Oleh kerana itu, kami Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai merasa perlu diambil tindakan tegas kepada YB Nizar Jamaluddin yang bersikap biadap membuat fitnah yang berunsur hasutan kepada DYMM Tuanku Sultan Johor. (by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai)









  
      >>> Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai dan juga beberapa badan NGO seperti PEKIDA Zone Kempas, PERKASA Pulai, Persatuan Belia Beliawanis Dewan Jaya dan juga KRT Skudai Kiri telah bersama-sama membuat laporan polis berhubung kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Nizar Jamaluddin di dalam twitter beliau baru-baru ini yang berbau fitnah telah dilontarkan ke bawah DYMM Sultan Johor. 




  Selepas laporan polis dibuat, satu sidang akbar telah diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Pulai. Selain daripada meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan, satu permohonan maaf secara terbuka harus dibuat oleh Nizar Jamaluddin ke atas DYMM Sultan Johor.





No comments:

Post a Comment