Saturday 19 May 2012

DITAKDIRKAN UNTUK MEMERINTAH

"KETIKA MEMBESAR, SAYA MENDAPAT DORONGAN KUAT APABILA MELIHAT KESAN POSITIF PERKHIDMATAN AWAM SEPERTI CONTOH YANG DITUNJUKKAN OLEH aLLAHYARHAM AYAHANDA SAYA"



Berlaku suatu kebetulan yang tidak disangka semasa Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri negara yang kedua, Sultan Kedah, DYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, dimasyhurkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang kelima. Kini pada tahun 2012, anak lelakinya pula Datp' Sri Najib menjawat jawatan Perdana enteri ketika Sultan Kedah yang sama menduduki tahta sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14.



Kita boleh membuat andaian bahawa Dato' Sri Najib telah ditakdirkan untuk memerintah. Ini kerana, jika kita imbas kembali perjalanan hidupnya, beliau tidak mempunyai niat untuk menjadikan bidang politik sebagai kerjayanya.

Ayahandanya telah menasihatkan agar beliau mempertimbangkan kerjaya dalam bidang perakaunan kerana merasakan beliau paling sesuai berada dalam dunia korporat. Sebaliknya, Dato' Sri Najib lebih cenderung kepada bidang ekonomi dan beliau merupakan lulusan daripada University of Nottingham di England dengan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Ekonomi. Beliau sememangnya tidak ada rancangan untuk melibatkan diri dalam dunia politik, akan tetapi takdir menentukan sebalinya.




Pemergian Tun Razak secara mengejut pada Januari 1976 setelah bergelut dengan penyakit leukemia selama enam tahun melontarkan Dato' Sri Najib ke tengah gelanggang politik walaupun pada masa itu beliau sedang membina kerjaya di Petronas. Fikiran beliau berbelah bahagi untuk menerima panggilan tugas yang baru ini. Tetapi, bagi menunaikan tanggungjawab kepada ayahandanya, keluarga dan tanahair, maka beliau membuat keputusan untuk terjun ke dunia politik dan menyerahkan masa depannya dalam tangan orang yang menyokong dan mengundi beliau untuk menyambung legasi yang ditinggalkan ayahandanya.



Pada usia 22 tahun beliau mengubah haluan hidupnya dan menggalas tugas baru sebagai ahli politik sepenuh masa, suatu kerjaya yang telah ditentukan takdir untuknya.

>>> Kesinambungan membawa hasrat bangsa demi perpaduan ummah..(by LKWU)

No comments:

Post a Comment