Sunday 20 May 2012

SEBUAH NEGARA UNTUK DIBERI INSPIRASI...!!!

"KEJAYAAN MALAYSIA DAN PENCAPAIAN KITA SEHINGGA KINI ADALAH KERANA RAKYATNYA DAN KETEKUNAN MEREKA.



Dato' Sri najib mengambil alih pucuk pimpinan pada ketika satu demi satu krisis global memuramkan kestabilan ekonomi politik kebanyakan peluang, dan Malaysia memerlukan seorang pemimpin untuk membentengi negara dan melindunginya daripada kehancuran yang sedang mengharu-birukan masa depan banyak negara di seluruh dunia.





Dato' Sri Najib bukan saja telah bertindak untuk memelihara kestabilan ekonomi Malaysia tetapi juga telah mengambil langkah berani mempersiapkan negara untuk keluar dari kelompok pendapatan pertengahan dan mencapai tahap lebih tinggi. Untuk itu, Malaysia mestilah bersaing dengan negara-negara termaju di dunia.

Tahun pertama dimanfaatkannya untuk menyususn suatu rancangan menyeluruh yang bertujuan untuk menggiatkan semula ekonomi dengan cara yang akan menarik pelaburan tempatan dan juga pelaburan langsung luar negara.

Keutamaan seterusnya ialah menggesa semua pihak melayari bahtera masa hadapan yang telah dibayangkan beliau buat Bangsa Malaysia. Hal ini bermakna untuk menangani bangsa Malaysia yang terpisah oleh geografi, budaya, generasi, jantina, ras, agama, pekerjaan, ideologi dan saluran komunikasi.

Beliau mengorak langkah untuk memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat, daripada golongan petani, guru, pemandu teksi, peniaga dan penjaja hingga kepada pekerja kilang, penjawat awam, eksekutif syarikat, ahli profesional, pelajar, ekspatriat atau pegawai dagang, dan warga emas yang telah bersara.

Beliau berusaha untuk lebih mudah didekati melalui setiap cara yang mungkin. Ini dilakukannya melalui blog dan tweet secara langsung dan kerap, biarpun ketika beliau pergi ke serata negara dan dunia untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut turun padang untuk mendengar sendiri permasalahan rakyat. Lawatan walkabout beliau sudah tidak asing lagi dan orang ramai telah memberikan sambutan yang baik serta menerima cara kepimpinannya.

Rakyat dapat melihat sendiri bahawa inilah Perdana Menteri yang memiliki kelainan. Beliau sedang membentuk acuan pimpinan abad ke-21 yang meletakan tadbir urus politik sebagai gandingan kerja bersama rakyat.

Beliau mahu melihat setiap warga Malaysia terlibat sepenuhnya dalam usaha membina negara dengan menggunakan bakatnya untuk mengetengahkan buah fikiran yang kreatif dan inovatif, supaya negara mempunyai daya saing dalam pasaran global.








>>> Kita telah dapat mengekalkan daya saing, dan pada tahun 2011 Malaysia menganjak naik tangga daya saing untuk menduduki tempat ke-21 di antara 142 negara seluruh dunia dan tempat ke-dua di ASEAN.

Hal ini adalah kerana bakat yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang etnik yang menjadikan kita 1 Malaysia..!!!!
(by LKWU)


No comments:

Post a Comment