TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN YANG PERIHATIN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN NELAYAN.
Kerajaan telah menyalurkan pelbagai bantuan dan peruntukan untuk nelayan pesisiran pantai mahupun laut dalam. Namun begitu masih ada segelintir yang telah menyalahgunakan segala bantuan dan peruntukan kerajaan.
Yang mana lebih penting dan harus dibantu??? Nelayan tegar ker atau pemancing tegar??? Adakala diantara orang perantaran (orang tengah) sama ada perseorangan, persatuan mahupun badan kerajaan yang tidak telus dalam melaksanakan apa yang direncanakan oleh pihak kerajaan.
Jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan bukalah mata ketika menyalurkan bantuan dan peruntukan. Berilah kepada yang berhak dan benar-benar memerlukan. Utamakan nelayan dan bukan utamakan pemancing.
Fikir-fikirkanlah. Sekarang ini pemancing dah boleh dapat bantuan bot, engine bot, lesen nelayan dan sebagainya sedangkan hendak menjaring pun tidak tahu, adakah golongan ini yang kerajaan UTAMAKAN kalau begitu bagaiman pula dengan nelayan tegar yang memang mencari rezeki melalui hasil menjadi nelayan.
Bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak, tapi berfikirlah secara rasional, mana yang perlu mana yang tidak dan jangan amalkan sisitem kroni yang menyusahkan orang lain.
"KERAJAAN PEMBENTUK DASAR, JABATAN PELAKSANA DASAR"
>>> Oleh kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan oleh kerana menyelamatkan kroni rosak undi satu negara.
Kerajaan telah membuat dasar dengan baik demi kebaikan rakyat tercinta namun dek kerana segelintir pelaksana dasar yang tidak berdisplin menyebabkan kerajaan yang bagus dan telus dipandang zalim dan tidak jujur.
No comments:
Post a Comment