Wednesday 23 May 2012

SEBUAH NEGARA UNTUK DITRANSFORMASIKAN..!!!

"DAYA USAHA YANG RADIKAL, SALAH SATU YANG CUKUP MEMBANGGAKAN, ADALAH PENGENALAN DASAR 1MALAYSIA SEBAGAI PANJI-PANJI NEGARA YANG BARU YANG BOLEH DIJADIKAN TONGGAK BERSATUNYA SELURUH WARGA MALAYSIA."







Mungkin ramai mempersoalkan apa perlunya transformasi ini dan apa sebenarnya bentuk transformasi tersebut. Tetapi transformasi bukanlah suatu fenomena baru bagi Malaysia. Lima Perdana Menteri telah mentadbir Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Dalam tempoh tersebut negara telah berubah daripada sebuah ekonomi asas tani dua komoditi kepada ekonomi asas industri berpaksikan eksport, dan sekali lagi kepada ekonomi asas pengetahuan berpaksikan teknologi tinggi.

Setiap kali negara menganjak naik ke satu tahap, negara bergerak seiring dengan arah aliran global. Hasilnya, negara telah maju dan rakyatnya makmur. Pertumbuhan Malaysia telah direncanakan, dilaksanakan serta dipantau dengan penuh rapi menerusi rancangan-rancangan pembangunan lima tahu negara.

Malaysia telah menggilap kepakaran dalam bidang pembuatan dan kita telah mencapai kejayaan dalam menggeluarkan produk-produk berkualiti, selain memperluaskan sektor perkhidmatan. Rakyat Malaysia berkemahiran tinggi dan mereka mendapat upah yang lebih tinggi. Kejayaan negara dapat dilihat dilihat daripada gaya hidup rakyatnya serta sebanyak mana pembangunan landskap negara.






Namun begitu, sungguhpun kita telah mencapai tahap kemajuan yang tertentu, kita tidak sepatutnya kekal disitu sahaja tetapi mesti terus maju ke hadapan kerana negara-negara lain begitu pantas mengejar kita. Sebagai contoh, negara China ketika ini sedang pesat berkembang menjadi sebuah ekonomi raksasa, dengan membekalkan barangan dan perkhidmatan yang telahpun menghakis bahagian pasaran Malaysia.

Ekonomi negara lain seperti India dan ekonomi yang baru muncul seperti Vietnam juga telah menjejaskan sektor pembuatan Malaysia. Akibatnya, banyak syarikat kecil terpaksa menggulung tikar kerana tidakl lagi mampu bersaing dengan harga yang ditawarkan oleh China dan negara-negara berkenaan.

Tahun pertama memegang jawatan, Dato' Sri Najib bertindak menangai cabaran ini. Usaha ini memerlukan keberanian dalam tindakan, dan cara pelaksanaan yang teratur. Beliau tahu bahawa Malaysia mesti ditransformasi sekali gus, oleh itu rangka tindakan yang diajukannya selama tiga tahun begitu tuntas atau menyeluruh dari segi pelaksanaan untuk mengangkat Malaysia ke peringkat pertumbuhan yang selanjutnya.





>>>Kepelbagaian budaya Malaysia merupakan suatu ciri unggul bagi negara ini, berlatar belakangkan liberalisasi dan pembaharuan ekonomi.


Sejak mengambil alih jawatan, Dato' Sri Najib telah bertekad untuk membina sebuah masyarakat yang inklusif, terbuka dan saksama di mana semua warga kita mempunyai peluang untuk maju dan makmur. (by LKWU)

No comments:

Post a Comment