Monday 21 May 2012

SEBUAH NEGARA UNTUK DIINOVASI...!!!

"INOVASI MEMUNGKINKAN RANTAIAN NILAI EKONOMI DIANJAK KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI."





Pada tahun 1990-an, Malaysia heboh dengan Wawasan 2020, suatu pelan induk untuk mencapai negara taraf maju sepenuhnya menjelang tahun 2020, sebagaimana yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Ini merupakan suatu visi berpandangan jauh yang memusatkan tumpuan kepada seluruh negara. Wawasan ini menggerakkan sektor awam dan juga swasta, serta turut memberi ilham kepada dunia membangun untuk mencontohi rangka tindakan yang serupa demi masa hadapan.

Banyak peristiwa telah berlaku semenjak itu. Hari ini,, dunia juga begitu berbeza sekali keadaannya. Dari aspek geopolitik serta teknologi, telah berlaku perubahan 180 darjah. Limpahan sumber alam semula jadi bukan lagi penyumbang utama kejayaan sesebuah negara. Hanya negara-negara yang menfaatkan sepenuhnya peluang-peluang menerusi perdagangan global, pelaburan asing dan menerima pakai teknologi baru yang akan menerajui pasaran.

Inovasi adalah satu perbezaan tunggal yang paling penting, yang membezakan negara membangun dengan negara maju. Inovasi juga adalah pemangkin utama kemajuan ekonomi dan daya saing. Hari ini selepas 20 tahun Wawasan 2020 direncanakan, masa hadapan Malaysia dipancangkan untuk menjadi sebuah ekonomi berproduktiviti tinggi, berpendapatan tinggi dan bernilai tinggi. Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak telah merancang rangka tindakan bagi memastikan Malaysia mencapai hasrat Wawasan 2020 memandangkan kita tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menjayakannya.




Dato' Sri Najib berhasrat menganjak ekonomi Malaysia ke tahap lebih tinggi kerana itulah cara yang sebaik-baiknya untuk mengekalkan segala apa yang telah terbina sejak lima dasawarsa yang lampau.

Malaysia sudah bersedia untuk melakukan perubahan. Inovasi merupakan bidang tumpuan utama yang diperlukan untuk membantu negara menganjak ke tahap seterusnya di mana persaingan akan menjadi lebih sengit.





>>> Inovasi akan mencetuskan gagasan baru untuk diterjemahkan menjadi produk dan perkhidmatan komersial yang berdaya maju.. (by LKWU)

No comments:

Post a Comment