Thursday 24 May 2012

RANGKA TINDAKAN MENUJU TRANSFORMASI...!!!

HASIL DARIPADA INOVASI ADALAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DAN SEMPURNA UNTUK WARGA MALAYSIA.




Tugas utama yang ditangani Dato' Sri Najib ialah suatu tugas yang beliau anggap sendi untuk kejayaan semua rancangan yang lain. Beliau telah menggagaskan '1Malaysia' sebagai suatu platform terangkum untuk mendekati dan menyentuh setiap rakyat menggunakan cogankata 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', bagi menggerakan gagasan itu. Konsep tersebut kini telah diserapkan ke dalam keperluan asas rakyat meliputi makanan, kesihatan dan perumahan yang merangkumi perkara-perkara berikut :

Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup-
Mengiktirafkan kesusahan hidup sesetengah warga Malaysia, Dato' Sri Najib telah memberikan keutamaan kepada usaha menangani kenaikan belanja sara hidup. Beliau telah memantapkan inisiatif untuk memberi bantuan kepada rakyat sebaik mungkin. Beliau telah memikirkan langkah jangka pendek dan juga langkah jangka panjang untuk meringankan keadaan.

Subsidi Kerajaan telah menjadi kaedah penyelesaian secara berterusan dan ini dijangka akan diteruskan. di bawah ini diperincikan subsidi barangan makanan dan untuk ini kerajaan telah memperuntukan RM2.3 bilion untuk faedah semua rakyat.

BERAS-
Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga sebenar ialah RM2.40 tetapi subsidi Kerajaan BN sebanyak 25% atau 60sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM1.80.

GULA-
Bagi setiap kilogram gula, harga sebenar ialah RM2.50 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 8% atau sebanyak 20sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM2.30.

MINYAK MASAK-
Bagi setiap kilogram minyak masak, harga sebenar ialah RM4.75 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 43% atau RM2.25 daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM2.50.

TEPUNG-
Bagi setiap kilogram tepung, harga sebenar ialah RM1.90 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 29% atau 55sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM1.35.

Disamping barangan berasaskan makanan, Kerajaan BN juga telah menimbangkan kos petroleum dan gas yang merangkumi subsidi berikut:

PETROL-
Bagi setiap liter RON95, harga sebenar ialah RM2.75 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 31% atau 85sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM1.90.

DIESEL-
Bagi setiap liter diesel, harga sebenar ialah RM2.66 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 23% atau 86sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM1.80.

Sejak 2009 Kerajaan telah memberi subsidi bagi isi rumah yang mempunyai bil elektrik bulanan sebanyak RM20 atau kurang dan faedah ini dinikmati kira-kira 1 juta isi rumah.

Membina Jaring Keselamatan Sosial Menerusi 1Malaysia-
Dalam usaha menangi masalah belanja sara hidup, Dato' Sri Najib telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah konsep 1Malaysia. Ini termasuk :-

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia(KARISMA) memberi faedah kepada warga emas yang miskin dan kanak-kanak menerusi peruntukan antara RM100 hingga RM450 sebulan. Kira-kira RM1.4 bilion diperuntukkan setiap tahun menerusi program ini, termasuk golongan kurang upaya dan ibu tunggal.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Sebanyak RM2.6 bilion telah diperuntukan untuk tujuan ini dan hampir 80% daripada isi rumah yang tergolongan dalam kategori ini dijangka akan menerima bantuan di bawah BR1M.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) membolehkan warga Malaysia memohon pinjaman RM5,000 daripada institusi-institusi kewangan yang turut serta seperti CIMB Bank, RHB Bank, Maybank dan Bank Simpanan Nasional untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Para peserta hanya dikenakan bayaran bulanan minimum selama 5 tahun. Bayaran insentif diberikan setiap bulan selama lima tahun.

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) merupakan rangkaian kedai runcit yang menawarkan 250 jenis produk yang dijual kepada rakyat Malaysia pada harga 40% lebih murah.

Menu Rakyat 1Malaysia menawarkan set menu popular dengan bayaran maksimun RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengahari. Pada masa ini terdapat 750 pengendali makanan menawarkan menu ini manakala 3,000 pengusaha lagi dijangka menerimapakai menu yang sama menjelang akhir 2012. Semua pengusaha kafeteria di pejabat kerajaan dan juga sektor swasta digalakkan untuk melaksanakan tawaran ini.

Klinik 1Malysia yang beroperasi di seluruh Malaysia menawarkan perkhidmatan kesihatan pada kadar RM1. Ini bagi meringankan beban rakyat miskin Malaysia dan membolehkan mereka mendapat penjagaan kesihatan pada kos yang munasabah.

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah ditubuhkan untuk membangun dan menyenggelarakan rumah berkualiti mampu milik khususu untuk warga Malaysia daripada kumpulan berpendapatan pertengahan. PR1MA bertindak sebagai pemaju untuk mencari sumber luar tanah yang dimiliki kerajaan supaya boleh ditukar menjadi kawasan perumahan.

Rancangan Jangka Panjang Untuk Menangani Kenaikan Harga Makanan.

Sebagai langkah jangka panjang untuk menyekat kenaikan harga makanan terutamanya dalam pengeluaran komoditi makanan utama seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan, Dato' Sri Najib telah mengambil langkah-langkah berikut :-

- Melancarkan Dasar Agro-Makanan Negara 2011-2020 untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi, meningkatkan nilai tambah agro-makanan, melengkapkan dan memantapkan rantaian bekalan dan menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dan terlatih untuk sektor pertanian.

- Memperluas ruang lingkup Dana Pertanian Dagangan dengan peruntukan sebesar RM300 juta, termasuk projek pertanian inovatif. Dengan adanya dana ini Malaysia boleh meningkatkan kualiti dan bilangan usahawan tani.

- Memperluas program pertanian kontrak untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diberi tugas untuk menguruskan program ini. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka terlibat meliputi 7,000 hektar tanah. FAMA akan menyediakan rangkaian pengedaran untuk memasarkan hasil tani daripada program ini.

Dalam mengambil keputusan untuk mengajakkan ekonomi kepada taraf pendapatan tinggi, Dato' Sri Najib perlu mengambil langkah tegas untuk meningkatkan produktiviti dan menambahkan nilai kepada taraf baru yang diharapkan, dimana produk dan perkhidmatan Malaysia mampu bersaing secara berkesan setaraf dengan negara-negara yang lebih maju.

Beliau boleh mengambil jalan mudah menerusi perumusan Rancangan Malaysia Ke-10, yang menggunakan pendekatan berasaskan belanjawan untuk meneruskan usaha membina ekonomi negara.




Tetapi beliau sedar bahawa beliau perlu mengambil risiko kerana Malaysia tidak lagi dapat terus mengekalkan pertumbuhannya berasaskan pola yang telah digunakan sejak bertahun-tahun lamanya.

Acuannya perlu dirungkai dan Dato' Sri Najib yang berbekalkan ilmu ekonomi di dada cukup sedar akan hal ini. Beliau juga tahu rakyat Malaysia sudah bersedia untuk melakukan perubahan.

Lantas beliau memecahkan tradisi dengan memperkenalkan beberapa langkah yang merangkumi Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi sebagai rangka tindakan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan yang diperlukan untuk menganjakkan perusahaan dan tadbir urus Malaysia ke tahap yang seterusnya.





>>> Pengenalan inisiatif baru ini memperkukuhkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang meliputi tempoh 2011-2015. RMK-10 digagaskan dalam kerangka  '10 Gagasan Besar' khususu bertujuan meningkatkan pelaburan swasta.

Pelaburan swasta, tempatan dan asing merupakan sumber untuk Malaysia mendapatkan dana untuk membiayai projek yang mesti dilaksanakan untuk menganjakkan negara ke tahap berpendapatan tinggi.

Dato Sri Najib turut sedar bahawa apabila sektor swasta mula bergerak untuk menambahkan produktiviti maka jentera Kerajaan pula perlu meningkatkan usaha untuk menyediakan sokongan yang akan meningkatkan daya saing.

No comments:

Post a Comment