Saturday 19 May 2012

SEBUAH NEGARA UNTUK DITADBIR

"SEBAGAI SEBUAH NEGARA, MALAYSIA DAN SELURUH RAKYAT JELATANYA SEKARANG BERADA DI PERSIMPANGAN JALAN."




Ketika Tun Razak mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1970, keadaan negara pada masa itu berpecah-belah. Setahun sebelum itu, telah tercetus pergaduhan yang amat dahsyat antara kaum yang belum pernah terjadi di negara ini. Peristiwa tersebut telah mengejutkan para pemimpin kerajaan untuk bertindak menangani pergolakan yang terbit kesan daripada ketegangan antara kaum. Bagi Tun Razak, peristiwa 13 Mei adalah sesuatu yang harus dihindarkan selepas apa yang telah diperjuangkan selama lebih 10 tahun. Siapa yang tidak tahu, disebabkan kehebatan pemikiran beliaulah terbinanya pasak-pasak dasar awam untuk menegakkan Malaysia selepas kemerdekaan. Inilah pasak-pasak yang telah mentranformasikan negara untuk membentuk jati diri yang baru. Sebagai Perdana Menteri, beliau tahu apa yang perlu dilakukan untuk mentranformasikan negara sekali lagi. Beliau perlu mengembalikan keharmonian antara kaum, membina kemajuan ekonomi dan memperkukuhkan kestabilan politik.





Dewasa ini, Dato' Sri Najib menghadapi cabaran tugas yang serupa iaitu mentransformasikan negara. Beliau berhadapan dengan keadaan negara yang berpecah-belah, bukan atas dasar rasa atau kaum, tetapi lebih kepada perbedaan pendapat yang serius. Selain itu, krisisi kewangan global dan perubahan arah aliran dalam politik global serta ekonomi global menuntut tindak balas yang mempengaruhi kelangsungan hidup negara. Semua ini memburukan lagi cabaran-cabaran yang dihadapi Malaysia. Ini adalah bebanan berat untuk dipikul Dato' Sri Najib demi memastikan masa hadapan Malaysia tidak terjejas. Beliau telah bertindak melaksanakan tugas itu dengan langkah yang akan membuat orang tuanya berasa bangga. Beliau telah mengguna pakai ilmu-ilmu yang dipelajari sepanjang memerhatikan ayahandanya mentadbir negara untuk menjayakan transformasi ini. Dalam masa tiga tahun memegang tampuk pemerintahan, beliau telah mencipta rangka tindakan untuk mengangkat Malaysia ke ambang masa hadapan yang baru.




Ini berjaya dilaksanakan kerana beliau telah dilatih sebagai ahli ekonomi. Beliau memahami apakah bahana yang bakal ditimpakan oleh politik global dan arah aliran ekonomi ke atas Malaysia. Ketika mula memegang teraju negara pada 2009, persoalan yang paling mendesak fikirannya ialah bagaimana untuk membina semula Malaysia dalam acuan baru iaitu acuan yang bakal mempercepat gerak perjalanan negara untuk mencapai wawasan 2020 sebagai negara maju sepenuhnya, suatu posisi yang telah dibayangkan untuk Malaysia sejak tahun 1991 dahulu.





>>> Keputusan yang kita buat pada saat ini akan menentukan nasib dan rupa bentuk Malaysia pada masa akan datang, tanahair yang akan kita turunkan kepada anak-anak dan cucu-cicit kita... (by LKWU)

No comments:

Post a Comment