Saturday 12 May 2012

PERHIMPUNAN ULANG TAHUN UMNO BERTUKAR MENJADI KECOH.!!


LAUTAN MERAH MEMBANJIRI STADIUM BUKIT JALIL.






UMNO telah membuktikan himpunan 'Raksasa' sempena sambutan ulang tahun UMNO yang k-66 dapat di selenggarakan dengan aman dan bertamadun. Jika kita lihat tiada satu pun rusuhan yang berlaku terhadap pihak polis, tiada kelihatan ahli-ahli UMNO merosakan harta benda awan dan kerajaan, pihak media juga bebas ke sana dan ke mari disetiap sudut mereka berkerja tanpa dipukul dan diherdik oleh ahli-ahli UMNO yang hadir. Kita juga tidak dapat berpeluang melihat pihak Polis memukul orang awam sebagaiman yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang.




Ini telah dibuktikan oleh UMNO bahawa tiada parti yang sehebat UMNO di Malaysia ini. Disamping itu juga ini merupakan satu tunjuk ajar kepada pihak pembangkang dan juga jawatankuasa BERSIH bagaimana hendak mengawal ahli-ahli sekiranya perhimpunan 'Raksasa' seperti ini dibuat.




 Tidak lupa juga DS Najib Tun Razak telah mengemukan 7 prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan menjelang PRU-13 nanti.


Pertama : Antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? 

Kedua : Kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini.
Ketiga : Rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara ini.
Keempat : Rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa pertumbuhan yang memberangsangkan.
Kelima : Siapa yang boleh pelihara keharmonian negara? 
Keenam : Siapa yang boleh buat perubahan dan pembaharuan secara tersusun? Siapa yang buat transformasi negara?
Prinsip terakhir : Rakyat perlu memilih pihak yang benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi.










>>> Sama-sama kita fikir mana yang terbaik untuk kita demi masa depan anak cucu kita nanti. Teruskan perpaduan tanpa jurang sempadan. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia Tapi Awas Melayu Mudah Lupa & Leka"





1 comment:

  1. Sememangnya Umno telah Menawan puluhan ribu manusia yang inginkan persefahaman,keindahan,kemakmuran,keikhlasan, kemerdekaan dan berbagai2 lagi ke....lah yang baik..syabas Umno..Dan semua yang terlibat bersamalah menadah tangan berkongsi kesyukuran yang dipinjamkan oleh Allah SWT dan bersamalah menjaganya amin...

    ReplyDelete