Wednesday 6 July 2011

3 Ketetapan Untuk Merealisasikan Hasrat Malaysia Menjadi Sebuah Negara Inovasi... !!!




Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga ketetapan untuk merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara inovasi.

Untuk ke arah itu, keputusan utama yang perlu diambil adalah dengan menggabungkan pendekatan membina sebuah ekosistem yang boleh mendukung hasrat berkenaan.

Pertama, pendekatan itu boleh dilihat melalui pembangunan modal insan tentang bagaimana cara untuk menyuntik pemikiran inovatif dan kritikal dalam negara terutamanya dalam kemahiran berfikir serta dalam bidang berkaitan.




Kedua, perlu melihat dari segi dana yang boleh mendukung usaha inovasi yang dapat menjalankan hasrat tersebut seperti dengan memperbanyakkan modal ekuiti swasta.




Ketiga, melihat hasil penyelidikan dan pembangunan dalam negara yang boleh dikormesialkan umpamanya dari segi harta intelek universiti.






Sehingga kini terdapat sekitar 1,000 harta intelek universiti dalam negara.

Daripada jumlah itu kita boleh mengenal pasti seberapa banyak mana harta intelek itu dapat diterjemahkan kepada projek komersial.




Hasil pertemuan untuk kali pertama itu adalah bagi menggabungkan pendekatan berdasarkan pembangunan ekosistem dan mengenal pasti projek yang boleh dikomersialkan.















No comments:

Post a Comment