Saturday 23 July 2011

HARIMAU MALAYA SEDIA MENGAUM, TARING SAPA LEBIH TAJAM..!!!



MALAYSIA BOLEH !!! MALAYSIA BOLEH !!! MALAYSIA BOLEH !!!

NO BERSIH !!!



Dalam beberapa jam sahaja lagi, skuad bola sepak Harimau Malaya dan Singa Singapura akan menggegar Stadium Jalan Besar di sini dalam usaha melepasi pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia.





Dengan peminat yang mengharapkan kemenangan untuk pasukan masing-masing, kedua-dua pasukan kini bersedia mempamerkan persembahan terbaik.

Pemain sudah pasti menghadapi tekanan kerana semua peminat mahukan kemenangan, oleh itu apa jua keputusan, mereka harus bijak mengawal diri semasa perlawanan, yang dianggap perlawanan paling menarik musim ini.

Bagi Singa, kelebihan bermain di tempat sendiri, boleh memberi lebih tekanan, dengan kehadiran ribuan peminat memenuhi stadium, yang hanya mengharapkan kemenangan.

Dengan slogan ”Malaysia Boleh”, skuad Harimau juga tidak sanggup menghadapi kekalahan pada malam ini.






Perlawanan itu akan ditayangkan secara langsung di Saluran 5 TV MediaCorp pada 7.25 malam.

Semua tiket bagi perlawanan antara Singapura dan Malaysia habis dijual pada hari pertama jualan tiket dibuka pada Sabtu lepas.

Memandangkan hanya 6,000 tiket dijual untuk peminat, beribu-ribu peminat bola sepak di sini dan di seberang tambak gagal untuk menyaksikan perlawanan itu.

Selain disiarkan secara langsung, Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) dan Persatuan Rakyat (PA) turut menawarkan alternatif lain dengan menyediakan skrin besar.





Skrin besar itu akan ditempatkan di padang Sekolah Victoria lama iaitu kawasan bersebelahan Stadium Jalan Besar.

Ini memberi peluang kepada peminat untuk merasai kehangatan sebenar perlawanan itu dan membantu menyemarakkan semangat para pemain dalam perlawanan tersebut. 







>>> Jom rakyat Malaysia kita ke restoran mamak bagi melaungkan Malaysia Boleh demi menyokong pasukan Harimau Malaya....


Kita sukar untuk bersatu di dalam parti politik tetapi kita harus bersatu dalam menyuarakan sokongan kepada pasukan Tanah Air kita..


Walau pun kouta tiket utk penyokong Malaysia kurang tapi kita tetap berdiri teguh menyokong pasukan Harimau Malaya.. Jom kita gegar...


MALAYSIA BOLEH !!! MALAYSIA BOLEH !!!


NO BERSIH  !!! 




No comments:

Post a Comment