Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengecam penganjuran perhimpunan haram oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini yang ternyata menimbulkan pelbagai kesusahan kepada warga kota.
Presiden Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Melayu, Datuk Bahrim A. Razak berkata, selain orang ramai yang terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas, golongan yang paling merasai kesan penganjuran perhimpunan tersebut pastinya penjaja.
Apatah lagi hujung minggu adalah hari untuk penjaja mendapatkan lebih keuntungan namun apabila adanya perhimpunan ini, mereka kerugian besar.
Bayangkan berapa ramai peniaga dan penjaja terpaksa menanggung kerugian apabila orang ramai memilih untuk berada di rumah kerana risau akan keselamatan diri,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Presiden Persatuan Bekas Polis (PBPM), Shafie Bakri berkata, rakyat seharusnya akur dengan pihak berkuasa yang tidak membenarkan orang ramai berhimpun.
Kedegilan mereka yang menyertai perhimpunan ini hanya menyusahkan pelbagai pihak. Orang ramai sedikit sebanyak terkesan dengan tindakan mereka sehingga menyukarkan aktiviti mereka.
Kita minta polis bertegas dan pada masa sama orang ramai diseru tidak membuat sebarang spekulasi kerana segala tindakan yang diambil pihak berkuasa adalah untuk menghindar kekacauan,” katanya.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, perhimpunan ini bukan sahaja menggugat keamanan malah ekonomi negara juga turut tidak terkecuali menerima kesan yang sama.
Kemajuan dan keamanan yang kita bina dan kecapi selama ini dicacatkan oleh tindakan mereka mengadakan demonstrasi haram ini. Itu bukan budaya kita kerana kita cintakan keamanan negara,” katanya.
>>> Rakyat Malaysia perlu peka dan tahu kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya perhimpunan haram berlaku..Adakah kita semua selesa dengan apa yang berlaku pada 9-Julai lepas..
Orang melayu berteriak dijalanan tetapi bangsa lain bertepuk tangan keriangan kerana dapat memperbodohkan bangsa melayu.. Orang melayu menjadi petualang bangsa dengan dipergunakan untuk menderhaka kepada Agong..
Dalam sistem Demokrasi Berparlimen kita mempunyai banyak saluran untuk menyuarakan rasa ketidakpuashatian kepada pemerintah yang sedia ada..Mengapa perlu memperjudikan Agama, Bangsa & Tanah Air demi kepentingan peribadi individu???
No comments:
Post a Comment