Thursday 7 July 2011

Apa Yang Dah Jadi Dengan Permata Negara Ni..??? Aper citer ni ????


TAHNIAH !!!





Kumpulan Koir Permata Seni yang digilap menerusi program Permata Seni Negara dipilih menyertai World Peace Choral Festival 2011 yang akan diadakan di Vienna, Austria mulai 25 hingga 28 Julai ini.





Penaung Program Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, festival itu merupakan acara luar negara yang pertama disertai oleh kumpulan koir tersebut.

Ia merupakan satu pengiktirafan besar dan amat bermakna terhadap keberkesanan program Koir Permata Seni memandangkan Austria sememangnya dikenali dengan kumpulan-kumpulan koir yang menjadi penanda aras bagi persembahan di peringkat dunia.

Bukan mudah untuk menyertai festival koir yang diadakan di situ, namun, menjadi sesuatu yang amat membanggakan apabila Koir Permata Seni terpilih daripada hampir 40 koir ternama dari seluruh dunia untuk menyertai festival itu.

Festival berprestij itu merupakan acara tahunan anjuran The Artistic Comittee of World Peace Festival, Vienna yang bertujuan mempromosikan keamanan sejagat menerusi nyanyian koir oleh kanak-kanak berbakat.




Selain Malaysia, negara lain yang dijangka menyertai festival itu ialah China, Hong Kong, Taiwan, Republik Chezh dan Slovakia serta beberapa negara Eropah yang lain.

Ahli Koir Permata Seni yang akan menyertai festival tersebut terdiri daripada 37 kanak-kanak yang berusia antara lapan hingga 11 tahun yang dipimpin oleh selebriti terkenal, Syafinaz Selamat selaku konduktor.

Festival itu akan turut dijadikan landasan untuk memperkenalkan lagu-lagu rakyat Malaysia ke persada antarabangsa selepas ini.











>>> Satu lagi kejayaan yang mampu dibawa oleh Permata Negara, walaupun dimata kasar kita hanya melihat satu penyertaan biasa tetapi apabila dihalusi ia mampu memaju nama Negara ke peringkat antabangsa dan secara langsung mampu mempromosikan negara kita di mata dunia...

Bukan lah kita bergantung kepada prgm Permata ini tetapi ia menjadi salah satu punca atau jalan untuk mempermosikan negara... Tahniah Permata Negara.. !!!


Biarlah apa pembangkang nak kata yang pastinya niat kita demi Agama, Bangsa & Tanah Air.... Kami akan sentiasa menyokong Datin Seri.. !!







1 comment: