Sunday 3 July 2011

Kerajaan Takut Untuk Bertindak Ke Atas Bersih.. ???

Kami sokong Perdana Menteri Malaysia.. !!!





Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak takut untuk bertindak ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berkeras mengadakan perhimpunan haram di ibu negara Sabtu ini.

Kerajaan perlu memastikan sebarang tindakan yang diambil adalah secara berhemah bagi mengelak disalah tafsir dan kerajaan atau polis dituduh zalim oleh pihak tertentu yang sememangnya ada niat menggambarkan kerajaan bersikap autokratik serta tidak mengikuti perubahan zaman.

Dalam kita nak menentukan keamanan dan kesejahteraan atau pun ketenteraman awam, kita mesti tahu bagaimana kuasa yang kita gunakan, ia tidak akan menyebabkan rakyat tidak memahami ataupun tidak menyokong tindakan pihak polis atau kerajaan.




Kita mesti menggunakan kuasa itu secara berhemah dan dengan menggunakan pertimbangan yang matang sebelum melakukan sesuatu dan rakyat mesti memahami serta menerima bahawa tindakan itu tindakan tepat dan berpatutan.

Sebarang bentuk tindakan undang-undang yang hendak digunakan mestilah berdasarkan kepada penggunaan yang berhemah supaya kelak tidak ada pihak memberi tafsiran tidak tepat kepada kerajaan dan pihak polis.

Seperti mana yang telah diterangkan berulang kali, pilihan raya yang dulu telah membawa keputusan luar dugaan kepada parti pembangkang sehingga mereka menang di lima buah negeri dan 82 kerusi Parlimen dan Kelantan diperintah 21 tahun oleh Pas.




Bererti, kalau kita boleh memanipulasi pilihan raya, tentu sekali perkara ini tidak akan berlaku, takkan kita nak serah Kelantan 21 tahun diperintah oleh Pas. Tetapi ada pihak yang akan fokus kepada polis menggunakan kuasa seolah-olah polis menggunakan kuasa secara zalim, keterlaluan.



>>> Apalagi yang kita mahu semuanya telah disediakan kerajaan.... Pembangkang hendak membersihkan SPR, apa yang hendak dibersihkan lagi??? Tak cukup bersih ker pembangkang menang 5 negeri??? Sebagai pengikut pembangkang tu buka2 la mata korg tu...Apa yang korg nak lagi???

Korang nak ker masa korang jalan2 parang melayang???? Negara dah aman yang tak aman cuma pembangkang jadi tak perlulah timbulkan huru hara kepada negara... kali ini kerajaan perlu bertindak pantas dan keras agar perhimpunan haram yang dirancangkan pembangkang dapat di banteras dengan selamat....



No comments:

Post a Comment