Monday 4 July 2011

DS Shabery Cheek Memberi Kepercayaan Kepada Harimau Malaya.. !!!




Menteri Belia & Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada psaukan Harimau Malaya yang berjaya mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia.

Beliau berharap pasukan Harimau Malaya meneruskan usaha bagi mendapatkan keputusan cemerlang apabila menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua pada 23 Julai nanti.



Beliau berkata, skuad kebangsaan telah banyak menghasilkan keputusan yang membanggakan dan sebagai pasukan yang mula dihormati di rantau ini, Malaysia perlu membuktikan kebangkitannya melalui pertarungan dengan jiran terdekat, Singapura nanti.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa gembiranya kerana prestasi yang dicatatkan oleh skuad kebangsaan berjaya menambah keyakinan dan kesetiaan para peminat dan penyokong bola sepak tanah air.

Keyakinan adalah sesuatu yang sukar dibina dan ia boleh hancur dalam sekelip mata, jadi, saya harap skuad Harimau Malaya terus memberikan keputusan yang cemerlang buat rakyat Malaysia," katanya.








Beliau juga meminta penyokong Harimau Malaya dapat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 julai nanti bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya yang menentang pasukan Singapura dan perlawan timbal balik akan diadakan pada 28 Julai di Singapura nanti. 








>>> Ayuh rakyat Malaysia bangkit bersama-sama menyahut seruan DS Shabery Cheek untuk memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya...!!!

Tapi tak bermakna nak suruh korang sokong baju kuning yang nak buat kecoh tuu,,,, kita pakat ramai-ramai pakai baju kuning turun stadium bagi sokongan kepada pasukan negara yang sedang berjuang, tu baru betull... 

Amacam ada bran x korang sahut cabaran DS Shabery Cheek???

AYUH KAMI SAHUT CABARAN DATUK SERI, JOM KITA GEGAR STADIUM..!!!!

No comments:

Post a Comment