Monday, 11 July 2011

Felda Sebagai Sasaran Pembangkang...!!!


Syaitan sentiasa mengoda manusia hingga ke akhir zaman..






Pihak pembangkang yang ketika ini ketandusan modal politik mula menjadikan Felda sebagai sasaran mereka dengan menyebarkan pembohongan dan mencari keburukan agensi itu demi untuk meraih sokongan peneroka.




Warga Felda merupakan penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan adalah mustahil bagi pihak pembangkang untuk menawan hati mereka tanpa melakukan pembohongan dan memburuk-burukkan Felda.

Warga Felda kini dianggarkan seramai 1.6 juta orang di seluruh negara dan merupakan kubu kuat pihak kerajaan. 

Tanpa pembohongan dan menggunakan pelbagai taktik kotor sudah semestinya sukar bagi pembangkang untuk 
menembusi kubu kerajaan ini.

Felda telah menabur bakti kepada para peneroka sejak 55 tahun dahulu dengan pembukaan tanah rancangan di seluruh negara dan kini para peneroka khususnya generasi pertama telah menikmati kesenangan dan kemewahan daripadanya.





Apa yang telah dilakukan Felda selama ini membuktikan agensi itu sentiasa memberi keutamaan kepada peneroka dan keluarga mereka dengan sebaik mungkin.

Ketika ini Felda sering berhadapan cabaran dari pihak luar khususnya pembangkang yang cuba memporak-perandakan komuniti peneroka melalui maklumat tidak tepat dengan matlamat memesongkan pemikiran mereka.

Jangan mudah terpengaruh dan terperangkap dengan penerangan pihak pembangkang kerana mereka hanya mahu memecahkan keyakinan warga Felda bagi mencapai kepentingan peribadi.

Pihak pengurusan Felda di peringkat wilayah dan pusat perlu turun padang untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu yang dibangkitkan secara berterusan agar peneroka tidak tertipu.










>>> Sebagai manusia yang beragama Islam perlulah kita mengenang dan membalas jasa-jasa org yang telah berjasa kepada kita mahupun nenek moyang kita..

Rakyat usah keliru dengan mainan kata-kata pembangkang yang sentiasa mencari salah dan silap kerajaan sedia ada.. Sekiranya kerajaan BN tidak bagus , tidak mungkin kita dapat hidup aman damai sehingga ke hari ini.. Lihat dengan negeri pakatan yang sedia ada, apa yang telah mereka buat??

Adakah mereka membantu kerajaan untuk membangunkan negara?? Adakah mereka memikirkan masalah yang melanda negeri mereka sehinggakan negeri mereka jauh ketinggalan?? Apa yang mampu mereka buat hanyalah janji demi janji.. Cuba renungkan sejenak....Setelah memerintah beberapa negeri, adakah janji pilihanraya ke-12 telah ditepati pembangkang.. ???

Walaupun sekarang ini kita tidak dapat menerima kerajaan yang sedia ada, tapi ingatlah dengan jasa kerajaan juga ibubapa kita membesar di negara tercinta ini.. Usah mengikut perasaan hawa nafsu tetapi ikutlah landasan-landasan yang benar.... Usah dimomokan dengan kata2 dusta yang tidak bernoktah mereka.. 


"PILIHAN YANG BIJAK PENENTU MASA DEPAN"





No comments:

Post a Comment