Sunday 3 July 2011

Permata Negara Pula Dipertikaikan.. !!!

Permata Negara harapan bangsa..






Program Permata Negara yang diperkenalkan kerajaan sama sekali tidak mempunyai agenda politik sebaliknya ia demi masa depan kanak-kanak itu yang masih muda dan perlu dibentuk dengan nilai-nilai mulia.





Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sebaliknya program Permata Negara itu membuka ruang yang luas kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk berganding bahu dengan kerajaan dalam membantu mendidik kanak-kanak itu menjadi insan cemerlang pada masa depan.

Perluasan program Permata ini berfokuskan kepada kanak-kanak tanpa mengambil kira fahaman politik kerajaan yang memerintah.

Kelantan sememangnya diberi perhatian untuk mewujudkan lebih banyak pusat Permata itu yang kini telah mempunyai sebanyak enam buah pusat.

Permata mempunyai kekangan untuk memperolehi tapak yang sesuai khususnya di negeri-negeri yang bukan di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN). Alhamdulillah di Kelantan masalah ini telah dapat diatasi dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Pelajaran.




Seperti di negeri-negeri lain, program Permata Negara di Kelantan telah diperluaskan ke empat buah Taska di bawah Jabatan Perpaduan, 15 buah Taska Kemas dan tujuh buah Taska Komuniti.

Kebanyakan taska ini terletak di pedalaman bagi memberi peluang kepada anak-anak di luar bandar untuk mengikuti program Permata.




>>> Pembangkang usah politikan Permata Negara kerana itu adalah insentif kerajaan demi anak-anak Malaysia dan ia tidak ada kaitan langsung dengan politik. Sama ada parti pembangkang mahupun kerajaan anda semua dipelawa untuk bersama-sama menjayakan Permata Negara so apa masalahnya..

Benda yang baik usah dipolitikan, kalau semua nak dipolitikan nanti apa yang tinggal??? Ambil kesempatan di atas kebaikan yang Permata Negara tawarkan...Sekiranya ia terpesong dari sasaran baru lah tugas kita sebagai rakyat Malaysia menyuarakannya..

Sebagai rakyat Malaysia perlulah kita berbangga dengan kejayaan negara dan apa yang telah kerajaan buat demi negara... Berpolitik pun biarlah kena dengan caranya..









No comments:

Post a Comment