Sunday, 17 July 2011

PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH..!!!

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah bahawa keamanan sesebuah negara adalah berkait rapat dengan perpaduan ummah.





Seri Paduka bertitah sesungguhnya Islam melarang umatnya membiarkan perselisihan pendapat, pandangan atau apa-apa keadaan yang akhirnya melemahkan negara, dan perkara ini turut ditekankan dalam al-Quran.

Malah Islam mengajar kita bahawa setiap perselisihan pasti ada penyelesaian manakala penyelesaian yang dicapai hasil daripada pendekatan dengan cara yang berhemah mengikut cara Rasulullah adalah yang lebih mulia dan terpuji di sisi Allah.

Untuk itu, umat Islam perlu menghayati perihal Rasulullah SAW yang telah menunjukkan kaedah dan cara menunaikan kewajipan terhadap agama, masyarakat dan negara.

Iaitu dengan mengukuhkan persefahaman dan perpaduan warganegara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan keturunan.




Rasulullah dalam Piagam Madinah mewajibkan semua penduduk Madinah agar menyayangi dan menghormati bumi Madinah.

Seri Paduka bertitah, antara yang termaktub dalam piagam itu ialah sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang menjejaskan perpaduan di kalangan warga Madinah maka orang itu dikira sebagai mencabul kesejahteraan Madinah.

Tuanku Mizan turut bertitah jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, maka Allah telah menggariskan supaya al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti firman Allah dalam Surah An Nisa.




Inilah yang ingin beta tekankan supaya kita kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Beta percaya bahawasanya keamanan negara berkait rapat dengan perpaduan ummah.




Perkara ini ditunjukkan dengan kehancuran empayar-empayar hebat pada masa lampau akibat perlakuan rakyatnya yang tidak bersatu padu malah mengenepikan persefahaman dalam menjaga kemakmuran negara.

Sesungguhnya Islam melarang umatnya membiarkan perselisihan pendapat, pandangan atau apa-apa keadaan yang akhirnya melemahkan negara.





>>> Titah Seri Paduka baginda Yg Di-Pertuan Agong perlulah ditaati dan diambil kira dalam sebuah negara yang mempunyai sistem beraja..

Tetapi adakah N.ajis dan PAS akan mentaati titah Yg Di-Pertuan Agong??? Mungkin DAP dan PKR memang tidak akan mengindahkan titah perintah Yg Di-Pertuan Agong kerana mereka ini bukanlah parti yang mengamalkan ajaran Islam tetapi apa kata PAS yg selama ini melaungkan perjuangan Islam..

Dengan mata kepala kita dapat melihat betapa bodohnya PAS yang mengikut telunjuk DAP & PKR mengenai pembuburan hukum hudud yang diperjuangkan PAS.. Dimana Islam di dalam PAS???

Kalau dulu menuduh UMNO tidak mengikuti ajaran Islam dengan melaksanakan Agama separuh Politik separuh so sekarang ungkapan itu telah terpalit di PAS sendiri, apa sudah jadi ???

Adakah kerana PAS ingin menghalalkan persetubuhan bebas depan dan belakang yg di amalkan oleh Anwar Berahi?? Buka mata dan minda wahai pendukong2 PAS, jangan sampai akidah umat Islam dipermainkan DAP & PKR..

Berjuanglah demi AGAMA, BANGSA & TANAH AIR.. Ikutilah perpaduan yang diajar Nabi.. Adakah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal dan Anwar itu nabi??

Sehinggakan korang lupa akan ajaran nabi.. Ajaran yang membawa keamanan kepada dunia arab satu ketika dahulu..

Bersatulah rakyat Malaysia di bawah payung Negara...










No comments:

Post a Comment