Thursday, 7 July 2011

Rakyat Perlu Tahu & Mengimbangkannya.. !!



Ratu bogel Anwar Berahi yang baru.. !!!







Mengapa Ambiga tidak menyerahkan memorandum berhubung tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Yang di-Pertuan Agong ketika diberi peluang menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara baru-baru ini ???

Ambiga dan dua lagi pihak dalam Bersih seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk 'menyuarakan' tuntutan mereka menerusi penyerahan memorandum berkenaan.









Kesediaan membenarkan mereka menghadap membuktikan sikap keterbukaan Tuanku Mizan yang patut dijunjung tinggi dan dihormati.

Adakah kesempatan menghadap Seri Paduka dimanfaatkan Bersih untuk menyampaikan memorandum tersebut.???






 Kalau sudah disampaikan, apa perlunya lagi diadakan perhimpunan di stadium.

Adakah maksud mereka hendak mengadakan perhimpunan di stadium sudah mendapat restu dan perkenan Tuanku Mizan atau adakah ia kenyataan Bersih sahaja???


Sebarang perselisihan dan rasa tidak puas hati, kekurangan dan kelemahan yang ada sepatutnya diselesaikan menerusi saluran perundingan antara pihak yang terbabit.

Semua pihak sepatutnya mengambil pendekatan itu demi memelihara keamanan, kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Pepatah Melayu mengingatkan, 'ikut rasa binasa, ikut hati mati'. Oleh itu, majoriti ahli Dewan Negara menyeru dan menasihatkan kepada semua pihak supaya menjadikan perundingan dan musyawarah dengan hati serta fikiran terbuka sebagai budaya hidup demi kedaulatan negara.

Marilah kita bersama menghargai Rukun Negara dan Perlembagaan negara. Marilah kita menegakkan dan menghidupkan demokrasi melalui sistem pilihan raya dan tidak melalui demonstrasi di jalan raya.

Menjaga ketenteraman dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab semua.

Jalan terbaik tak perlulah diadakan perhimpunan itu. Jumpa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pihak lain kalau tidak berpuas hati. Ketika kita hendak menguatkan ekonomi negara, rakyat harus pertahankan keamanan.

Bersih ada agenda lain apabila mahu meneruskan perhimpunan itu.

Kalau hendak serah memorandum, sepatutnya ia sudah dilakukan. Oleh itu, kalau mereka hendak berhimpun juga, pasti ada agenda-agenda lain.

Semua pihak diseru agar tidak menderhaka dengan titah Seri Paduka dan meminta Bersih supaya membatalkan niat untuk berhimpun.






No comments:

Post a Comment