Sunday 10 July 2011

Kalau Korang Nak Makan Free Buat Lah Demo Jalanan Lagi..!!!..!!

Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara dengan melakukan perhimpunan haram tidak akan terlepas daripada tindakan tegas pihak polis tanpa mengira sama ada mereka menentang atau menyokong kerajaan.







Tanggungjawab polis adalah menjaga keselamatan dan keamanan negara daripada ancaman pelbagai anasir yang boleh mencetuskan huru-hara dan mengganggu-gugat keharmonian negara.

Dalam sistem demokrasi berparlimen, kerajaan memberi ruang kepada mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan untuk melahirkan perasaan tidak puas hati dan mereka ada cara untuk melakukannya tanpa melakukan perhimpunan haram.




Kerajaan telah mencadangkan pihak berkenaan mengadakan perhimpunan di stadium untuk mereka berhimpun dan membuat ucapan dengan aman serta mengemukakan tuntutan.

Itu tawaran sangat baik yang disediakan oleh kerajaan. (Sekarang) kalau ada tindakan, dia kena hadapi sama ada dia sokong kerajaan atau menentang kerajaan.




Kerajaan tidak akan membiarkan perhimpunan haram diadakan oleh mana-mana pihak termasuk penyokong kerajaan atau pembangkang kerana ia tidak membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

Kalau Bersih buat, pihak kerajaan pun buat, jadi di mana kesudahannya. Apa akan jadi pada negara kalau saban hari ada demonstrasi jalanan?






Cara seperti ini akan menimbulkan keadaan huru-hara yang akan merosakkan ekonomi negara dan keyakinan orang luar kepada Malaysia. Apakah ini yang kita hendak?

Syukur kerana majoriti rakyat cintakan keamanan apabila tidak terikut-ikut dengan demonstrasi jalanan Bersih yang cuba membawa huru-hara dan mencemarkan imej negara.

Cubaan haji mabuk menghasut rakyat untuk menyertai perhimpunan haram

Mereka yang selama ini menjadi ‘majoriti senyap’ sewajarnya bangkit bersuara dengan pelbagai cara untuk menunjukkan bahawa mereka mahu keharmonian dan ketenteraman negara tidak diganggu-gugat.

Tahniah kepada pasukan keselamatan khususnya polis yang telah bertindak untuk menyuraikan perhimpunan itu dengan sebaik-baiknya.

Syukur kerana ia berakhir dengan keadaan yang tidak membawa kesan yang terlalu berat terutama kepada rakyat dari segi kerosakan harta-benda dan sebagainya.





>>> Hahahahahaha cuba lihat gambar terakhir di atas ini, BETAPA HINANYA PEMBANGKANG, RUPANYA BUAT PERHIMPUNAN HARAM HANYA SEKADAR NAK MAKAN FREE DUIT KERAJAAN JER HAHAHAHAHAHAHAHAH.

Apa nak jadi laa pembangkang ni,, kerajaan siap bagi makan lagi takut korang lapo hahaha, yang bongoknya pengikut-pengikutni asal tak mintak kat bos-bos korang hahahaaaa,, minta diri untuk ditahan lepas tu hanya nak makan free....



No comments:

Post a Comment