Friday 22 July 2011

SURUHANJAYA API DALAM SEKAM ( SUHAKAM )

Nama pun perhinpunan HARAM memang lah salah so ko nak siasata apa lagi..??? 





Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan haram 9 Julai lepas.




Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, panel siasatan itu akan dipengerusikan oleh beliau dan dibantu oleh Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Terma-terma rujukan untuk siasatan awam itu ialah untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan 9 Julai itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.





Beliau berkata, jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, siasatan itu juga akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi; apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran itu; individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran itu.

Siasatan juga akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran itu tidak berulang.




>>> Mengapa Suhakam tidak mahu siasat Ambingai dimana beliau telah diarahkan oleh DYMM Di-Petuan Agong agar tidak mengadakan perhimpunan haram jalanan???

Rupa-rupanya ini lah dia Suruhanjaya Api Dalam Sekam (SUHAKAM) titah perintah DYMM pun di langgar semacam guna nama Suhakam.. Apa tujuan sebanar Suhakam?? Adakah org2 dalam Suhakam ni semuanya buta dan pekak??

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai Sistem Di-Raja dimana rakyat Malaysia tidak mengira bangsa perlu akur dengan titah perintah DYMM.. Dah ckp jgn adakan demo jalanan ko buat jugak...

Adakah Bersih ini dilindungi oleh Suhakam???

Kepada Suhakam jgn cuba nak timbulkan kemarahan rakyat, kami perlukan keamanan dan kami tidak perlukan demo jalanan yang haram, ko faham tak Suhakam???

Perjuangan kami demi Agama, Bangsa & Tanah Air, bukan untuk Suruhanjaya Api Dalam sekam (SUHAKAM)









No comments:

Post a Comment