Friday, 8 July 2011

CIQ Johor Bahru Telah Membuktikan Biometric Berkesar... Satu Lagi Sokongan Buat SPR Untuk Menggunakan Biometric....




KESESAKAN akibat kehadiran kenderaan berat di Tambak Johor akan berkurangan apabila empat unit mesin pengimbas bernilai RM50 juta dipasang di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru pada tahun ini.

Dua mesin akan dipasang masing-masing di pintu masuk dan keluar CIQ bagi laluan lori dan kenderaan berat bertujuan memudahkan urusan serta melancarkan trafik.

Empat mesin ini akan melancarkan urusan eksport dan import. Masa yang akan diambil hanya dua minit tetapi bergantung kepada saiz muatan.

CIQ menguruskan antara 800 hingga 1,000 lori sehari dan mesin tersebut ditempah khas dari luar negara.

Tambak Johor masih menjadi pilihan kenderaan berat untuk ke Singapura walaupun Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) telah dibuka sejak 1997 menghubungkan Gelang Patah di Johor dan Tuas di Singapura.

Bagaimanapun, katanya, jumlah bas yang melalui Linkedua agak tinggi iaitu antara 1,000 hingga 1,200 buah sehari merangkumi bas kilang, persiaran, sewa khas, ekspres dan henti-henti.

BSI yang mempunyai Laluan Jangkamasa Pertengahan (MTL) bernilai RM253 juta menghubungkan Singapura, masih belum dibuka sepenuhnya.

MTL yang menghubungkan timur dan barat Johor serta Singapura hanya dibuka di bahagian Malaysia sementara di negara jiran itu laluan dibuka untuk bas sahaja.

Pada masa ini lori dari Singapura ke Johor masih berurusan di Kompleks Kastam Tanjung Puteri dan apabila siap ia akan mengurangkan kesesakan di bandar raya ini lebih 50 peratus.

Mengenai masalah tempat letak kereta di bangunan itu pihak CIQ akan membina kawasan tempat letak kereta yang baru di kawasan berdekatan.





Bangunan tersebut menyediakan 1,000 tempat letak kereta iaitu 500 untuk kakitangan dan selebihnya untuk orang awam, namun, ia masih tidak mencukupi.

Ini kerana CIQ menjadi tumpuan dan kegunaan bukan sahaja mereka yang mahu menyeberangi Tambak Johor tetapi juga mereka yang tidak berurusan dengan CIQ atau BSI.













1 comment: