RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN !!!
Kerajaan akan mengambil langkah untuk memodenkan undang-undang buruh dengan meminda empat akta berkaitan buruh di negara ini ke arah memperkukuhkan pembangunan modal insannya dalam usaha mentransformasikan tenaga kerja dan tempat kerja di Malaysia bagi ekonomi berpendapatan tinggi.
Akta Pekerjaan dan Akta Hubungan Perindustrian akan disemak semula tahun ini, disusuli dengan Akta Kesatuan Sekerja dan undang-undang berkaitan Pekerja Asing.
Ini merupakan antara cadangan utama yang dibuat oleh kerajaan di bawah Pembangunan Modal Insan, iaitu satu daripada enam Inisiatif Reformasi Strategik (SRI).
Bidang utama lain yang disyorkan oleh SRI Pembangunan Modal Insan adalah untuk mewujudkan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) yang bertindak menyediakan analisis terperinci berhubung pasaran buruh untuk menyokong sektor awam dalam merumuskan dasar dan membuat keputusan.
Bagi memanfaatkan bakat wanita, kerajaan akan menerapkan dasar yang dapat meningkatkan produktiviti wanita dalam lingkungan tenaga kerja, selain mengekalkan dan meningkatkan penyertaan mereka, mmisalnya menerusi peraturan waktu kerja lebih anjal dan sokongan penjagaan anak.
Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan isirumah berpendapatan rendah tanpa mengira kaum dan mewujudkan pasaran yang mesra, telus dan tindakkan afirmatif berasaskan merit serta keperluan untuk meningkatkan Usahawan kecil dan Sederhana (SME) Bumiputra.
Sehubungan itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputra (Teraju) akan dilancarkan pada 21 Julai untuk meneraju, menyelaras dan memacu penyertaan ekonomi Bumiputra serta mengukuhkan agenda pembangunan Bumiputera.
Teraju akan mengawasi pelaksanaan program SME Bumiputra Berprestasi Tinggi (HPBS) untuk membangunkan usahawan Bumiputra bertaraf dunia meliputi kesemua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), misalnya dengan menggalakkan SME meningkatkan skala, merancakkan kemajuan mereka dan bersaing dalam pasaran terbuka tanpa terlalu bergantung kepada kontrak kerajaan.
Program itu akan turut mempunyai skim 'tingkatan atau keluar' yang lebih ketat untuk memacu prestasi serta semangat berdikari yang lebih tinggi dan sebagai permulaan, 1,000 SME Bumiputera bersaiz kecil dan 100 bersaiz besar sederhana akan dikenal pasti untuk menyertai program berkenaan.

>>> Satu lagi usaha kerajaan (subsidi kerajaan) yang diterjemahkan dalam bentuk yang difikirkan bersesuaian.
Pelbagai cara dan jalan kerajaan telah fikirkan demi memajukan Bumiputra Khasnya dan Rakyat Malaysia Amnya. Namun banyak usaha-usaha kerajaan yang telah di putar belitkan faktanya oleh pihak-pihak tertentu yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Golongan muda dan Belia haruslah rebut apa sahaja peluang yang kerajaan tawarkan demi kemajuan masa depan. Sekali kita tersungkur mungkin kita mampu lagi bergerak tetapi berkali2 tersungkur alamatnya duduk atas kerusi hidup sampai kuburlah jawabnya...hehhee
Golongan muda dan Belia jangan cepat melatah dan jangan cepat lupa akan Rukun Negara yang kita Ikrarkan bersama.. Jangan jadi melayu mudah lupa tapi kalau nak jadi melayu jadi mb sampai tua bole....hehhehee..
Renung2kan lah dan selamat beramal hehehe..!!!!
No comments:
Post a Comment