Saturday 2 July 2011

Najib Buat Hal di Kelantan ???


Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak !!!
Angin perubahan akan berlaku di Kelantan...




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.

Penyertaan mereka membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pas semakin berkurangan.

Keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik.

Antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Raja Abdullah Raja Mahmud.




Raja Abdullah turut naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya, yang disambut dengan sorakan para hadirin beserta laungan dan teriakan “Gelombang Merah”, iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.

Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam.

 Pas sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil “kafir” itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP,” kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO-Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap Pas hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan Pas mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am PAS itu, Raja Abdullah berkata: “Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga.











>>> Gelombang merah semakin meresap kesanubari Rakyat Kelantan...Ayuh bangkit hidupkan angin perubahan...

Pas semakin malap dek perbuatannya sendiri.. Perjuangan sebenar telah dilupakan dek dendam yang tiada kesudahan..Apakah rakyat mahu ditipu lagi???? Kalau bekerjasama dengan UMNO haram katanya kerana UMNO bersengkongkol dengan parti bukan Islam, tapi kalau Pas bersengkongkol dengan parti bukan Islam halal katanya... Apakah parti sebegini yang perlu kita pertahankan ???? 

Perjuang bole di terjemahkan dalam pelbagai pihak tapi perjuangan tidak memerlukan biawak lidah bercabang yang mengadaikan agama sendiri demi kepentingan diri..... Ayuh bangkit kita hapuskan petualang agama agar keamanan yang dikecapi selama ini dapat dijaga dengan sempurna.....


Ayuh bersama membina Agama, Bangsa & Tanah Air..


1 comment:

  1. Salam tuan;;;

    Gelombang merah tak cukup kuat lagi. Kan elok ditambah dengan beralun biru. Jadi sngoti comel merah beralun biru...

    ReplyDelete