Wednesday 22 June 2011

790 Laporan Polis Dibuat ???


Laporan polis terhadap BERSIH menjadikan jumlah keseluruhan laporan yang dibuat di seluruh negara setakat ini meningkat kepada 790.



Tiga laporan polis terbaharu itu dibuat oleh PPP, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) peringkat pusat dan Cawangan Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.



Sumber berkata, sehingga semalam sebanyak 787 laporan polis dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pihak terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan, parti politik dan individu.

Katanya, laporan polis tertinggi dibuat di Pahang iaitu sebanyak 114 diikuti Kedah (86) dan Kuala Lumpur (79).
“Kesemua laporan dibuat kerana tidak bersetuju penganjuran perhimpunan haram itu yang bakal mengundang masalah kepada rakyat.

“Laporan juga menyatakan perhimpunan haram itu agenda jahat parti politik pembangkang yang didalangi pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Sementara itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pihaknya menggesa semua pihak yang ingin mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini supaya menghentikan niat mereka.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kami tidak mahu mana-mana pihak mengadakan perhimpunan untuk bertelagah sesama sendiri.

“Oleh itu, pihak polis perlu mengambil tindakan tegas untuk memastikan perhimpunan haram itu tidak berlaku,” tegasnya.

Di IPOH, Gerakan Belia 4B Kampung Kuala Pari mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga yang berdegil mahu meneruskan perhimpunan haram itu.
























Pengerusinya, Mohd. Shahdu Azree Mohamed Yusof berkata, Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam itu perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Ini kerana, beliau merancang melakukan perbuatan yang boleh mengancam keselamatan serta menjejaskan imej negara,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Mohd. Shahdu Azree mengetuai kumpulan pemimpin Gerakan Belia 4B Kampung Sungai Pari membuat laporan di IPD Ipoh bagi mendesak polis mengambil tindakan awal untuk menghalang perhimpunan haram itu.


>>> Kami tidak perlukan BERSIH, cukup2 lah kamu bersihkan negeri yang kamu menang tu.... Selangor sampai bersih pasir kau sebat, kelantan & kedah sampai botak utan kau tarahhhhh....lepas ni jangan teperanjat lak kalau keluar video anwar dengan ambiga doll ni hehehehheee....

No comments:

Post a Comment