Wednesday 29 June 2011

Motif PSM Hancurkan Negara !!

Inilah wajah bangsat negara..!!!






Parti Sosialis Malaysia (PSM) dilihat cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini. Siasatan daripada pelbagai sudut termasuk mengambil kira bahan bukti yang dirampas daripada 31 aktivis PSM yang ditahan polis baru-baru ini.

Pada Sabtu lepas, polis menahan 31 orang aktivis PSM termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj di plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kumpulan berkenaan, yang menaiki sebuah bas persiaran, dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.





Banyak persediaan yang mereka (aktivis) sudah lakukan seperti mengedarkan risalah dan memakai baju T yang berunsurkan fahaman itu bagi tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Kempen mereka ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lepas

Tindakan yang dilakukan aktivis ini boleh mengkucar-kacirkan negara...Pihak Polis akan pastikan bahawa kes ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat..


Tindakan tegas bagi memastikan mereka menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang akan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Siasatan itu juga dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terpelihara.






>>> Buka mata buka minda, lihat apa agenda yang tersembunyi disebalik semua ini???? Adakah kita mahu melihat Malaysia ditakluki pengganas komunis lagi??? Cerita telah dihebahkan dan sebagai rakyat yang sayangkan kedamaian kita hendaklah mengambil langkah yang drastik bagi membasmi pergerakan kumpulan ini..

Bersatulah demi Agama, Bangsa & Tanah Air... Jangan sampai anak cucu kita dimamah, dihenjak-henjak, dirobek dan diratak bergitu sahaja...Mungkin pada hari ini kita memang selasa tetapi masa mendatang tidak mampu kita ramal keselesaannya....

Kepada juak-juak PAS bukalah mata....sekiranya ini semua fitnah maka selidiklah dengan terperinci....Gedebak-gedebuk kita masih lagi dilandasan yang sama cuma berbeza pemahaman politik dunia sahaja....




DAULAT TUANKU !




KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN



















No comments:

Post a Comment