Wednesday 22 June 2011

Tun M Terima Anugerah !!


Anugerah Pencapaian Seumur Hidup telah dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.di Majlis Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011.



Tun Mahathir telah menerima trofi khas rekaan pasukan kreatif Mouawad di Paris, yang diperbuat daripada beberapa komponen dari pelbagai negara di seluruh dunia.




Tun Mahathir berkata "meskipun amat berbesar hati dengan anugerah itu, namun secara berjenaka berpendapat ia terlalu awal memandangkan beliau masih aktif menjalani kehidupan."


Mengenai KL, beliau berkata "bandaraya ini pesat berkembang dengan banyak perniagaan dan seni tanam indah sejak ia diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan"

"Kuala Lumpur, kini dicantikkan dengan seni tanam yang indah, bukan hanya dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, malah pihak swasta dan pemilik tanah."

"Saya amat gembira melihat keadaan jalan raya di sini yang dijaga dengan baik, begitu juga dengan seni tanamnya." kata beliau.



Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad berkata "anugerah tersebut diwujudkan bagi mengiktiraf serta memberi ganjaran kepada badan dan individu yang berjaya menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi menarik kepada pelancong."








No comments:

Post a Comment