Malaysia Airlines akan membeli 10 pesawat 737-800s generasi akan datang, apabila menggunakan opsyen untuk membeli pesawat tambahan mengikut perjanjian asal yang dimeterai dengan Boeing pada 2008.

Pesawat baharu itu adalah yang pertama di Asia yang dilengkapi reka bentuk dalaman Boeing Skyline dan dilengkapi “Blended Winglets”, yang dikatakan dapat meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak empat peratus, menambah julat penerbangan serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan bunyi semasa berlepas.
Pengumuman tempahan belian itu dibuat pada Pameran Udara Paris oleh Naib Presiden Jualan Pesawat Komersial Boeing, Marlin Dailey, dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz.

No comments:
Post a Comment