Saturday 25 June 2011

Alang2 Menyeluk Pekasam !!

Semangat juang warga muda,, 







YB Khairy Jamaluddin tetap akan menyertai perhimpunan bantahan ke atas demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini walaupun turut menyertai pasukan Lifeline4Gaza (LL4G), Ahad ini. 



Namun ia bergantung kepada kelancaran program itu berikutan ancaman Israel untuk melakukan apa sahaja bagi menghalang rancangan penghantaran flotila antarabangsa daripada tiba di Gaza.

Tetapi sekiranya Israel menghalang misi flotila antarabangsa itu, pasukan LL4G mungkin akan ditahan untuk tempoh yang tidak diketahui sebagaimana yang mereka lakukan pada misi sebelum ini.



YB Khairy Jamaluddin dijadualkan pulang ke tanah air sebelum perhimpunan itu berlangsung dan akan terus menyertainya bersama rakan-rakan Pemuda UMNO yang lain untuk membantah perhimpunan haram Bersih.




>>> Ayuhhh kita bersama-sama YB Khairy Jamaluddin menentang perhimpunan haram bersih....

Jangan dibiarkan pngkhianat bangsa membuat huru hara di Tanah Air kita....



No comments:

Post a Comment