Tuesday, 28 June 2011

Kalau Nak Bersih, Bubarkan Kerajaan Di Negeri PR..!!!!







Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini digesa agar membubarkan sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya mereka merasakan sistem pilihan raya di negara ini tidak bersih.




Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, langkah itu perlu kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.



Sekiranya Menteri Besar dan semua wakil rakyat dari parti-parti pembangkang menyatakan sistem pilihan raya tidak telus dan tidak adil, mereka tidak sepatutnya menerima jawatan mereka yang duduki sekarang ini.



Sebaliknya mereka terus mahu menjadi kerajaan sedangkan Menteri Besar, barisan Exconya termasuk para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR, DAP dan Pas memenangi pilihan raya umum 2008 adalah daripada proses pilihan raya yang sama sehinggalah menubuhkan kerajaan di Selangor






>>> Itulah bodohnya pengikut-pengikut PR ni, mana letaknya akal fikiran dia orang ni pun tak tahu lah.. Kalau betul SPR tak bersih dah tentu korang tak merasa kerusi kerajaan sampai sekarang ni. PAS jajah Kelantan berpuluh tahun tu apa?? Bukan bersih ker namanya??? 

Kalau nak sangat Bersih, apa kata korang buburkan jer kerajaan PR korang tu, kan bagus.... Lepas tu kita tengok bersih ker tak bersih.....

Amacam ada bran juak-juak PR semua..!!!!!




No comments:

Post a Comment