Wednesday 22 June 2011

Malaysia Mempunyai System Pilihan Raya Yang Terbaik!!

Sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini merupakan antara yang terbaik di dunia iaitu berpandukan amalan demokrasi dengan rakyat menentukan pihak yang layak memerintah.




Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, tidak timbul isu pilihan raya di Malaysia tidak bersih dan tidak adil memandangkan ia dibuat mengikut undang-undang.

"Setiap negara yang mengamalkan demokrasi pasti mempunyai pilihan raya dan setakat ini sistem yang diamalkan di negara ini adalah yang terbaik kerana ia berpandukan kepada perundangan yang ditetapkan," katanya.

Beliau mengulas mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 9 Julai ini.





Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, sekiranya ada pihak mempunyai pandangan dan cadangan untuk menambah baik sistem pilihan raya sedia ada, mereka boleh menggunakan saluran yang betul iaitu mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita ada saluran untuk mengemukakan sebarang cadangan atau idea penambahbaikan iaitu menerusi perbincangan dengan SPR. Saya pasti mereka mengalu-alukannya, jadi kita patut menggunakan saluran tersebut.



"Ia merupakan kaedah yang lebih efektif berbanding berdemonstrasi di jalan raya," jelasnya.


>>> Bak kata Nalla kepada Nuar "diri sendiri tak bersih lagi mau kasi bersih org lain.. 


Sebab tu aku cakap terlalu ramai yang mengkritik kerajaan tetapi tak ada pun yang datang memberi idea yang terbaik yang ada cuba demontrasi jalanan...tak habis2 dengan demontrasi...cukup2 la tu anuar...settlekan kes ko kat mahkamah tu dulu..!!!

No comments:

Post a Comment