Thursday, 23 June 2011

Punca Perkauman Di Malaysia !!

Salam perpaduan 1Malaysia,

Sedang Black Panther melayan komen-komen di facebook tiba-tiba ada satu komen yang menjurus kepada isu yang pernah Black Panther timbulkan di laman facebook tidak berapa lama dahulu iaitu berkaitan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.. 

Persoalanya...

Apakah rasionalnya bagi masa dan zaman sekarang kerajaan mengekalkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan tersebut???


Apa tujuannya??

Bukankah kita semua sedang melaungkan gagasan 1Malaysia ??? 

Perpaduan harus dipupuk seawal bangku sekolah lagi tetapi sekiranya dari kecil lagi kita telah mengasingkan beliau mengikut bangsa, jadi tidak mustahil nanti semangat perkauman akan timbul dan menebal di hati mereka.

Mengapa kerajaan perlu membelanjakan jutaan ringgit bagi membiayai sekolah yang menjurus kepada perbezaan kaum? Bukankah elok disatukan anak-anak kita dibawah satu bumbung Sekolah 1Malaysia. Bak pepatah melayu 'hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Selagi sekolah-sekolah tersebut diwujudkan maka selagi itulah perbezaan diantara kaum akan ketara. Kita sekarang diera baru, zaman baru, pemikiran baru jadi mengapa perlu ada pemikiran kolot yang mengasingkan setiap bangsa dengan sekolah yang berbeza.??

Sehingga kehari ini Black Panther tidak dapat melihat kebaikan yang ada sekiranya sekolah-sekolah tersebut diteruskan. Yang cina lebih suka hantar anaknya ke SRJC, yang India lebih suka hantar anaknya ke SRJT dan biasa lah org melayu takkan nak hantar anak ke SRJc & SRJT pulak kan..

Didalam konsep Sekolah 1Malaysia kita masukan pembelajaran bahasa pelbagai kaum di Malaysia dengan secara langsung rakyat Malaysia akan mahir dengan pelbagai bahasa dan perpaduan akan menjadi lebih mesra dan terjaga.


Black Panther berharap agar sekolah-sekolah tersebut dapat dikaji semula kewujudannya dan apa tujuannya.. Dengan adanya sekolah2 jenis keb ini akan menambahkan lagi kos-kos kerajaan setiap tahun..

Black Panther berkata disini bukanlah atas dasar perkauman tetapi jauh disudut hati adalah demi perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.Kekalkan keharmonian pelbagai kaum untuk dijadikan contoh kepada dunia.

Sudah tiba masanya kita bersatu, jangan sampai anak cucu kita menjadi hamba di bumi sendiri. Jika dilihat secara kasar perbezaan di antara bangsa Melayu dan bangsa lain amat ketara buat masa ini.

Sebagai contoh yang dekat:
Tangga gaji bagi setiap pekerja bangsa Melayu dan bangsa lain amat ketara perbezaannya.. jadi persoalananya, apa punca sebenarnya Melayu merempat di tempat sendiri, keringat yang gugur kebumi tetapi hasilnya dicuri tanpa disedari.

Ayuh rakyat Malaysia kita merealisasikan gagasan 1Malaysia tanpa perkauman !!!


Sesuatu yang tersurat pasti ada yang tersiratnya, keikhlasan perjuangan demi memertabatkan Agama, Bangsa & Tanah Air menjadi agenda penting dalam hidup kita kerana ia adalah bekalan yang akan di bawa ke sana nanti...

>>> renung2kan lah dan selamat beramal..


No comments:

Post a Comment