Malaysia bukan sasaran pengganas walaupun Abu Bakar Bashir, pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) Indonesia, pernah melawat sebuah maahad swasta tempatan beberapa tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, Malaysia juga tidak menghadapi sebarang risiko keselamatan sungguhpun seorang daripada anggota JI rakyat Malaysia telah menulis sebuah buku mengenai perjuangannya sebagai rujukan buat rekrut kumpulan militan itu.
"Perkara ini bukanlah baru, sebenarnya kita tahu perkara ini timbul kerana kandungan buku yang telah ditulis sebelum ini yang dikeluarkan di Indonesia.
"Ini menunjukkan kita perlu mengukuhkan hubungan antara pihak penguatkuasa khususnya ”task force” mengenai keganasan dengan agensi kerajaan yang ada kaitan dengan agama, tidak kira Islam, Buddha ataupun Kristian yang semua ada kumpulan serta pandangan ekstrem yang perlu dipantau,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kegiatan militan yang didakwa berkembang di maahad di negara ini.
Benarkah di Malaysia tiada Pengganas ataupun yang Mengganas???
>>> suka ingatkan semua dan diri sendiri, bersatu membentuk ummah bersama menjana negara... perjuangan berlandaskan Agama, Bangsa & Tanah Air.... :-)
No comments:
Post a Comment