Sunday, 19 June 2011

Gempa bumi 5.9 skala Richter di timur Jepun

Gempa bumi sekuat 5.9 magnitud menggegarkan timur Jepun semalam, kata pihak seismologi.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut berlaku pada pukul 4.31 petang waktu Malaysia, kira-kira 110 kilometer timur Fukushima berhampiran pantai timur Honshu pada kedalaman 30 kilometer.

Gempa tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.


No comments:

Post a comment