Thursday 30 June 2011

Karnival Kerjaya Pemuda BN..!!




Salah satu cetusan idea yang terbaik hasil dari Pemuda BN...Tahniah..!!!







Sebanyak 7,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan pada Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) peringkat wilayah utara yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.



















Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, karnival yang bertempat di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani itu merupakan lanjutan daripada Karnival Kerjaya Pemuda BN di ibu negara pada penghujung Mac lalu.






Generasi muda khususnya di Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak yang sedang mencari pekerjaan mengambil peluang untuk menghadiri karnival ini kerana pelbagai jawatan kosong ditawarkan. Penganjuran karnival ini diharap dapat menangani masalah pengangguran di kalangan generasi muda.




Karnival tersebut juga terbuka kepada semua golongan sama ada mereka yang baru mencari kerja atau mahu meningkatkan kerjaya. Di jangkakan seramai 70,000 atau lebih pengunjung menghadiri karnival yang diadakan secara besar-besaran itu.







>>> Tahniah Pemuda BN, teruskan usaha memacu kehidupan generasi muda ke arah yang lebih selesa mengikut perkembangan semasa. Kepada golongan muda dan belia rebutlah peluang ke-emasan ini. Satu pesanan kepada pihak penganjuran, fokus kepada keberkesanan karnival ini..












No comments:

Post a Comment