Tuesday, 21 June 2011

Kerajaan Semakin Prihatin!!



Program Kemasyarakatan 1Azam yang ditawarkan kepada ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang produktif telah menampakkan keberkesanan dengan penyertaan sejumlah 17,177 KIR sejak diperkenalkan tahun lepas.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie berkata, seramai 82 KIR daripada jumlah tersebut adalah daripada etnik Orang Asli di seluruh negara.

"Memandangkan Program Kemasyarakatan 1Azam masih di peringkat awal pelaksanaan, maka impak keberkesanan program ini hanya dapat diketahui pada penghujung tahun 2011,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) di Dewan Rakyat hari ini.

"Mereka akan dipantau oleh pakar yang dipertanggungjawabkan untuk satu tempoh yang ditetapkan dan sehingga pendapatan mereka melebihi ataupun mencecah RM3,500 sebulan bagi tiga bulan berturut-turut,” katanya.

Katanya, seramai 44,535 KIR miskin tegar telah dibasmikan pada tahun lepas daripada senarai berdaftar di bawah sistem eKasih.

"Daripada jumlah tersebut, 17,162 KIR terdiri daripada etnik Melayu, 525 KIR etnik India, 398 KIR etnik Cina, 6,338 KIR tenik Iban, 413 KIR etnik Kadazan, 64 KIR etnik Orang Asli dan 19,743 KIR etnik Bumiputera dan lain-lain kaum di Sabah dan Sarawak,” katanya..






Cuba lihat statistik di atas ( 17,162 KIR terdidri daripada etnik Melayu )... Ini lah masalahnya kalau sibuk pasal politik trompak sampai kepentingan melayu pun PR tak amik tahu...Pernahkah kita dengar PR membincangkan mengenai ekonomi melayu atau pun cara meningkatkan ekonomi Melayu??? habuk pun takder..... Yang PR tahu hanyalah demontrasi, tak habis2 demontrasi.. 

Fikirkan pasal anak cucu kita nanti jangan sampai menumpang di tanah air sendiri....!!

No comments:

Post a comment