Friday 24 June 2011

Skuad Olimpik Menyengat !!!

MALAYSIA 2 - 1 LUBNAN








Tahniah diucapkan kepada Skuad Olimpik Negara kerana berjaya melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik zon Asia selepas mengalahkan pasukan Lubnan dengan jaringan sebanyak 2 - 1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia telah layak ke pusingan ketiga dengan agregat 2-1 selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama di Stadium Sport City, Beirut, Ahad lalu.


Pasukan Skuad Olimpik Negara telah menampilkan persembahan bertenaga di hadapan lebih 20,000 penyokong walaupun bermain hanya 10 orang sahaja setelah Gary Steven Robbat diarahkan keluar padang setelah menerima kad kuning kedua dari pengadil kerana mengasari salah seorang pemain Lubnan.

Pada pusingan ketika pada September ini, Skuad Olimpik Negara bersama 12 negara Asia yang lain akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana juara kumpulan akan mara ke Sukan Olimpik di London pada tahun depan.







>>>  Tampilkan kehebatan di persada Dunia...
      MALAYSIA BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment